KAJIAN YANG MENUNJUKAN RAKYAT SEMAKIN BENCI KEPADA NAJIB
Satu
kajiselidik oleh Merdeka Centre mendapati bahawa 42 peratus responden percaya
bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi peluang untuk mentadbir negara.
Sebaliknya, 41 peratus mengatakan hanya BN boleh memerintah negara ini. Tiga belas peratus responden tidak pasti dan empat peratus enggan menyatakan pendirian mereka.
Kajiselidik itu melibatkan temubual telefon dengan 1,600 responden dari Semenanjung yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis.
Responden luar bandar dan wanita lebih cenderung untuk mempercayai bahawa hanya BN boleh memerintah Malaysia, sedangkan responden lelaki dan pengundi bandar lebih cenderung kepada Pakatan.
Responden lebih tua didapati lebih cenderung untuk menyokong BN. Bagaimanapun, tahap sokongan akan turun seiring dengan kumpulan umur. Bagi Pakatan adalah sebaliknya.
Trend
terbalik ini juga jelas dari segi umur pendapatan isirumah. Ia menyatakan
bahawa golongan berpendapatan rendah lebih cenderung kepada BN, manakala golongan
berpendapatan tinggi pula menyebelahi Pakatan.
BN juga boleh bergantung kepada sokongan kakitangan kerajaan dan mereka yang berkerja tidak secara rasmi, manakala Pakatan mendapat sokongan mereka yang bekerja di sektor swasta dan yang bekerja sendiri.
Di samping itu, mereka yang tidak mempunyai akses Internet juga lebih cenderung menyokong BN, dan keadaan sebaliknya bagi mereka yang mempunyai akses internet.
Sementara itu, mereka yang pernah mengundi sebelum ini pula sama banyak sokongannya, tetapi pengundi kali pertama lebih cenderung kepada Pakatan.

Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak
jalan...
Ketika
negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru
Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak
merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.
Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.
Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.
Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.
Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.
Kerusi marginal tentukan pemenang
Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.
Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.
Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.
Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India.

No comments:
Post a Comment