Saturday, May 25, 2013

BLACK 505’ - SEPERTI AIR SUNGAI YANG MENGALIR



Bagi aku gerakan ‘Black 505’ adalah seperti air sungai yang mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Tidak akan dapat ditahan atau disekat. Sekiranya diempang dan disekat. kesannya empangan akan pecah. Namun air akan terus mengalir dan mengalir sehinggalah sampai ke destinasi akhirnya – ke laut. Cuma yang dapat dilakukan ialah mengurangkan kederasan air yang mengalir. Itu saja.


Begitulah ibarat gerakan ‘Black 505’ yang berlangsung semenjak dua minggu yang lepas. Ada juga yang meramalkan bahawa gerakan ‘Black 505’ akan terhenti selepas berlakunya perhimpunan di Stadium Kelana Jaya. ‘Hangat-hangat tahi ayam’ kata mereka’. Mereka tidak yakin yang gerakan ini mendapat sambutan hangat  masyarakat di luar Kuala Lumpur khususnya masyarakat luar bandar. Mereka tidak yakin langsung. Mereka begitu yakin perhimpunan ‘Black 505’ akan gagal di Kedah atau di Perak atau di Terengganu. Namun rupa-rupanya sambutan yang diberikan oleh majoriti rakyat adalah dalam keadaan luar biasa. Apatah lagi apabila diadakan di kawasan Lembah Kelang seperti yang diadakan di Petaling Jaya semalam.

Akhbar Sinar Harian ada melaporkan bahawa,” Veteran UMNO mendesak pihak polis supaya menahan lebih ramai ‘pengacau’ keamanan negara termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa kompromi’ Sekali imbas kenyataan ini menampakkan kedangkalan persepsi kumpulan veteran UMNO ini yang tidak dapat memahami keadaan yang wujud sekarang, terutama dalam zaman Kurun ke 21. Atau sebagaimana yang selalu disebut-sebut zaman global. Dari satu sudut lain pulak memberikan gambaran kepada aku bahawa sekiranya beginilah sikap kumpulan Veteran UMNO ini, maka Malaysia akan hancur dengan kadar yang lebih cepat lagi.

Sehingga kini aku memberikan penghargaan yang tinggi kepada pihak polis kerana bertindak secara waras dalam menangani perhimpunan ‘Black 505’ di Petaling Jaya semalam. Sehingga kini. Aku tak dapat meramalkan apa akan terjadi pada hari esok, lusa, tulat dan seterusnya. Bagi aku polis bertindak bijak – dari segi menangani perhimpunan ‘Black 505’ di PJ. Tidak  sepertimana yang disarankan oleh Veteran UMNO itu. Telahan aku agak tepat. Berbeza dengan pendapat kawan aku yang mengatakan bahawa ramai yang akan ditangkap pada malam semalam.

Aku bersyukur kerana tiada tangkapan. Sehingga kini!……..

Bagi aku nasihat kumpulan Veteran UMNO amat ketinggalan zaman. Aku teringat satu pelajaran yang aku pelajari di Manila beberapa  tahun yang lampau mengenai ‘ management’. Pelajaran itu lebih kurang begini,

          “ Ali demam. Emak dia beri sebiji panadol. Ali demam lagi. Emak dia         beri tiga biji panadol. Ali terus demam. Emak dia beri sepuluh biji      panadol lagi. Ali kemudiannya meninggal’

Maknanya Veteran UMNO dan ‘manusia’ yang seangkatan dengan kumpulan ini sentiasa  mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang serumit ini. Mereka seolah-olah tidak langsung mahu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai ‘Black 505’. Yang paling menyedihkan ialah masih ada kumpulan sedemikian yang masih terus menerus menyalahkan orang lain, tanpa melihat kesalahan diri sendiri.

Dan mereka harus sedar bahawa keadaan kini ( Kurun ke21) amat berbeza dengan tahun-tahun 60an,.Kumpulan yang aku rasakan seperti ‘Dinosaur’ ini seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa anak-anak muda itu sanggup berarak dan menunjuk perasaan. Mereka mengatakan yang mereka ada bukti yang SPR telah menjalankan penipuan dalam PRU 13. Sepatutnya kumpulan Veteran UMNO menggesa agar SPR membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh anak-anak muda ini adalah salah. Buktikan dengan penuh keyakinan bukan seperti melepaskan atu ditangga. Hanya tahu menyalahkan pihak lain.

Menangani keadaan sekarang tentunya amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan pada tahun-tahun 1960an dan 1970an dulu.

·      Masyarakat kini khususnya kumpulan anak muda adalah kumpulan yang celik huruf dan bukan seperti zaman-zaman sebelumnya dimana masih ramai yang buta huruf ataupun yang tidak terdedah kepada keadaan yang berlaku di dunia kini. Anak muda kini bukan lagi kumpulan ‘Yes men’ yang akan mengangguk apa saja yang dikatakan. Mereka adalah kumpulan yang mendapat pendidikan tinggi. Ramai diantara mereka yang telah pun menjejakkan kaki ke University dan kolej. Merek tahu dan sedar apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka bukan lagi kumpulan yang boleh diperbodohkan. Mereka adalah kumpulan yang berani mempertahankan sesuatu yang benar. Ini adalah ekoran daripada pelajaran dan pengajaran yang diterima oleh mereka ketika di pusat pengajian tinggi ataupun melalui pembacaan mereka yang luas.

·      Dan sesuatu yang luar biasanya kini ialah penglibatan anak muda dari semua kaum. Ini yang membanggakan. Dan ada juga yang amat bimbang dengan perkembangan ini walaupun ‘mereka’ sentiasa mewar-warkan slogan 1 Malaysia. Penglibatan anak muda Melayu, Cina dan India secara bersungguh-sungguh itu merupakan satu fenomena yang belum pernah berlaku di Malaysia. Dan ini tentunya perkemabngan yang amat positif.
·      Ledakan sosial media dan internet betul-betul membawa perubahan yang begitu drastik dalam banyak aspek terutama dari aspek politik. Veteran UMNO kena fahama bahawa anak muda kini mendapat maklumat hanya dihujung jari mereka sahaja. Mereka tidak lagi bergantung kepada surat khabar dan Radio/TV sebagai sumber berita. Sumber berita demikian sudah lama diketepikan oleh mereka.

Semangat perjuangan anak muda kini tidak mudah dipadamkan. Tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani gerakan ini perlulah berhemah dan berhati-hati, apatah lagi apabila terbukti sudah bahawa perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini telah berjalan dengan lancar dan tidak timbul sedikit pun keadaan yang tidak diingini. Anak muda kini faham bahawa mereka hanya memerlukan ketelusan dan keikhlasan dari pihak kerajaan.

Anak muda amat sedar bahwa negara ini dan masa depannya adalah di tangan mereka.

SUMBER : Abuhassanadam
26 Mei 2013

1 comment:

  1. Veteran UMNO ini dah seperti "anjing busuk kepala". Menyalak kat UMNO pun dah tak laku malah dihalau pula kerana tiada aura atau kredibiliti terdahulu. Nak menyalak kat rakyat dah tiada kepercayaan kerana masa lampau mereka yang busuk dan zalim terhadap rakyat. Maka menyalaklah mereka ini kepada pembangkang supaya kalau ada sedikit nasi basi atau tulang yang saki baki UMNO makan boleh dilempar kepada mereka.....

    ReplyDelete