Friday, May 24, 2013

BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA, KATA-KATA MELAMBANGKAN APA?



Pilihanraya ke 13 sudah hampir sebulan berlalu dan keputusan sudah pun di ketahui. BN masih kekal dengan bilangan kerusi yang lebih menirus iaitu hanya 133 semuanya. Undi ‘popular’ pun jatuh dibawah yang di perolehi oleh pihak Pakatan Rakyat. BN hanya mendapat 47% undi popular dan dengan kerendahan undi popular itu menjadikan BN hanyalah sebuah kerajaan ‘minority’ dalam erti dan hakikat sebenarnya.


Entah berapa puluh billion ringgit di belanjakan secara ‘direct’ atau secara tidak langsung untuk menambat hati rakyat untuk mendapat kemenangan 2/3 bertambah jauh. Jika dilihat dari cara perbelanjaan menghadapi pilihanraya itu BN sepatutnya mendapat 3/3 kemenangan. Begitulah seperti yang saya perkatakan beberapa kali, kos untuk mempertahankan BN ini terlalu tinggi.

Kalau lah berbelanja sampai puluhan billion ringgit semata-mata untuk mendapat 133 kerusi sahaja ia jelas merupakan kekalahan besar BN jika dipandang dari sudut moralnya. Nasib baiklah bagi BN kerana masih ada saki baki pengundi yang masih dibeli dan dikelirukan dengan isu perkauman yang dimainkan oleh BN itu.

Jika tuduhan pihak Pakatan Rakyat wujudnya bantuan pengundi haram dalam PRU 13 lalu, maka sah UMNO dan BN sudah menjadi pihak yang sudah tidak laku lagi. Tetapi itu perkara yang biasa. Ramai orang yang tidak meminati jejaka yang buruk dan tidak ada rupa, tetapi masih dikahwini oleh ramai wanita kerana wang ringgit mereka walaupun tanpa rasa kasih dan sayang sejati.

Orang yang tidak punya rupa selalunya terpaksa berbelanja tinggi untuk mengambil hati isteri yang mereka mahu berkahwin dengan mereka kerana wang ringgit semata-mata. Kekurangan yang ada kepada diri mereka ini terpaksa ditutupi dengan harta dan wang ringgit, kereta besar dan berbagai-bagai lagi untuk menampung kekurangan itu.

Di sebaliknya ramai yang tiada harta yang bertimbun, masih kekal dengan keluarga yang mereka bina dengan anak-anak yang cergas dan bersayang-sayangan diantara satu dengan lain dalam keluarga itu. Ini adalah keluarga yang mempunyai nilai yang tinggi walaupun tidak mempunyai wang jutaan ringgit. ‘Bukit sama didaki lurah sama dituruni. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama di cicah’.

Begitulah kehidupan mereka yang mempunyai nilai kehidupan yang tinggi dan sentiasa disalut dengan iman serta keperibadian yang mulia disisi adat dan agamanya. Keluarga seperti ini selalunya adalah keluarga yang sederhana dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Cara mereka bercakap pun tidak celupar dan mereka ini selalunya dari gulungan yang dihormati oleh masyarakat sekeliling mereka.

Mereka ini selalunya kalau tidak bersetuju dengan pandapat orang lain mereka akan berkata-kata dengan kata-kata yang baik yang mampu memberikan makna yang sama dengan mereka yang celupar tadi. Mereka ini juga selalunya melambangkan yang mereka adalah dari darah dan keturunan yang baik-baik dan kita boleh tahu yang mereka mempunyai ibu dan bapa yang relatifnya baik latar belakang keluarganya. Orang sederhana ini selalu menjaga nama baik ibu bapa mereka dengan mempunyai ‘disposition’ yang baik.

Ada juga satu kumpulan yang satu lagi. Kumpulan ini selalunya bercakap dengan keperibadian perongos. Apabila tidak bersetuju dengan pandangan pihak lain mereka akan memaki hamun orang lain itu dengan kata-kata yang kesat dan menjengkelkan. Mereka ini selalunya berbangga kerana dapat mengeluarkan kata-kata nesta yang tidak mempunyai adat dan adab, jauh sekali untuk menjaga nama baik ibu bapa mereka yang membesarkan mereka.

Itu sebabnya apabila kita bergaul dengan luas, kita akan berhadapan dengan banyak perangai manusia yang berlainan latar belakang mereka. Setiap diantara yang kita gauli itu boleh kita membuat andai yang agak ‘conclusive’. Kita boleh mengatakan didalam pemerhatian kita, ‘orang itu macam tidak mempunyai ibu bapa’ misalnya. Didalam hati kita, kita akan bercakap ‘kesian dia tu, macam orang tidak pergi sekolah’ atau pun sebaliknya kita juga akan tahu, ‘wah anak siapa tu, baik dan elok percakapannya, mesti ibu bapanya dari orang yang baik-baik’.

Semuanya ini datangnya dari cara percakapan dan pergaulan mereka. Kata orang, hanya ‘mutu mengenal manikam’. Jangan tersalah sebut, nanti tersebut hanya ‘Muthu mengenal Maniam’ pula.

Dalam politik kita akan berhadapan dengan semua ragam ini baik dari yang menyokong pemerintah mahu pun dari mereka yang menyokong pihak yang membangkang. Apatah lagi sebagai penulis blog kecil seperti yang saya ada ini. Setiap hari saya berhadapan dengan mereka yang perongos dan tidak mempunyai sifat yang elok untuk di dengar.

Selalu perdebatan diantara mereka yang berselisih faham dalam isu yang saya tulis masing-masing menghina pihak yang lain dengan kata-kata nesta yang tidak sepatutnya terkeluar dari mulut seorang yang terdidik dengan baik oleh ibu bapa masing-masing. Kata-kata mereka setengahnya tidak langsung terfikir oleh orang yang bersekolah  kerana ada kata-kata dan perkataan yang buruk seperti bodoh, bingai, bangang dan celaka terkeluar dari mulut mereka ini.

Ada yang mengatakan pihak musuhnya babi, anjing dan banyak lagi istilah-istilah ciptaan baru yang semuanya kotor dan mengaibkan. Mereka ini mengaibkan diri mereka sendiri dengan mengeluarkan kata-kata nesta ini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana lah nasib ibu bapa mereka yang telah pergi buat selama-lamanya itu? Bagaimanakah mereka hendak mendoakan ibu bapa mereka yang sudah pergi dengan nilai seperti ini?

Tidak kah mereka mempunyai rasa kasih sayang dan hormat kepada ibu bapa mereka kerana perbuatan mereka itu melambangkan ibu bapa mereka? Bukan kah kita ini datangnya dari rahim ibu kita hasil perkongsian diantara ibu dan bapa kita? kata perbilangan bagaimana acuan begitulah bentuk kuihnya.

Kita boleh tidak bersetuju tetapi bercakaplah dengan baik kerana bercakap dengan baik pun memberi makna yang sama. Fikir-fikirkanlah pandangan ini kerana bahasa itu melambangkan bangsanya.

Dengan kata-kata kita itu ia melambangkan samada kita ini adalah dari keturunan sengkek atau dari keluarga yang bertamadun.

Sumber : DISINI

No comments:

Post a Comment