Friday, May 31, 2013

APA SALAH NURUL?



Lama juga aku termenung memikirkannya. Aku bertanya diri aku. Apa salah ‘budak’ ini yang menyebabkan dia tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah. ‘Budak’ yang aku maksudkan itu ialah YB Nurul Izzah ler. Anak DS Anwar Ibrahim. Selaku orang tua, aku merasa ‘panas’ juga melihatkan ‘anak-anak’ dibuat begitu. Berbagai persoalan timbul tentunya. Antara soalan tiba-tiba menjelma dibenak aku ialah, apa salah dia?

Majority rakyat Malaysia tentunya berkecil hati dengan tindakan kerjaan Sabah yang melarang YB Nurul Izzah memasuki Sabah dan menghantarnya pulang dengan menaiki kapalterbang yang sama pulang ke Malaysia. Hanya manusia yang ‘tidak perhati perut’ sahaja yang tidak terusik dengan peristiwa ini. Dan ramai pastinya akan marah. Apa tidaknya. Rakyat Malaysia dari semua keturunan akan merasa hairan mengapa begitu tindakan kerajaan Sabah.


·      Apakah keadatangan YB Nurul ke sabah itu akan menggugat keadaan politik di Sabah?. Ini bukannya musim pilihan raya. PRU 13 sudah selesai. Dan kedatangannya ke Sabah adalah atas jemputan untuk menghadhiri pesta Keaamatan di Panampang. Apakah salah baginya untuk menghadhiri pesta serupa itu. Apakah pihak berwajib di Sabah sudah ‘hilang akal’ sehingga sanggup melarang beliau untuk datang ke pesta berkenaan?
·      YB Nurul Izzah bukannya pendatang haram. Beliau hadhir di Sabah lengkap dengan dokumen perjalanannnya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa pihak imigresen terpaksa menahan dan menyuruh beliau pulang ke kuala Lumpur dengan penerbangan yang sama. Bagi aku amat tidak beradab tindakan yang sedemikian.
·      Perlu dingat bahawa YB Nurul Izzah bukan orang sebarangan. Seorang ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai. Orang putih kata, ‘Lawmaker’ ataupun ‘ legislator’. Pembuat undang-undang’. Dan jangan lupa juga bahawa beliau wakil pengundi Lembah pantai. Rakyat mengundi beliau. Beliau menang dalam PRU. Majority rakyat Lembah Pantai mengundi dia. Sukakan dia. Pendek kata apa yang berlaku ke atas YB Nurul terasa juga sakitnya ke atas pengundi di Lembah Pantai. Justeru pihak berkuasa Sabah seharusnya menghormati jawatan yang disandangnya dan menghormati pengundi di kawasan Lembah Pantai.
·      Apakah pihak berkuasa di sabah sudah tidak pandai membezakan  antara pendatang haram dengan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat? Apakah pihak berkuasa di sabah sudah hilang hormat mereka kepada ahli parlimen. Maknanya mereka sudah tidak menghormati parlimen……

Aku tahu masyarakat Sabah umumnya amat menghormati tetamu. Mereka tahu adab dan sopan ketika menyambut tetamu. Dan aku tidak kata yang semua pemimpin di Sabah berperangai sepertimana yang berlaku ke atas YB Nurul Izzah. Lihat sahaja sebagaimana yang ditunjukkan oleh YB Bung Mokhtar yang aku fikir amat bertimbang rasa dan simpati dengan keadaan sebegini dan menyifatkan keadaan ini sebagai satu malapetaka.

Aku yakin yang peristiwa ini akan mencetuskan satu malapetaka sebagaimana yang difikirkan oleh YB Bung Mukhtar itu. Sekurang-kurangnya rakyat Sabah khususnya kawasan Penampang pastinya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak imigresen yang kononnya berindak atas arahan Ketua Menteri Sabah. Sekiranya betul begitu keadaannya, aku rasa rakyat Sabah akan meminta pihak yang bertanggungjawab supaya meminta maaf kepada YB Nurul Izzah.

Betul ada undang-undang yang membolehkan pihak berwajib bertindak sedemikian rupa. Ada peruntukannya dalam perlembagaan. Namun begitu apakah segala tindak tanduk kita hanya dikawal oleh perlembagaan dan peruntukan. Apakah sudah hilang adab dan sopan kita terhadap tetamu. Rakyat Malaysia pulak tu. YB lagi….

Masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu amat menghormati tetamu. Semenjak dari kecil kita diajar bagaimana menghormati tetamu. Apatah lagi apabila agama Islam juga amat menitikberatkan tentang adab menghormati tetamu. Sejarah telah menunjukkan bahawa disebabkan masyarakat Melayu amat menghormati tetamulah, maka kedatangan golongan imigran terutamanya saudagar Cina, India, Arab bermula daripada Kurun ke 11 dahulu ( sebelum kedatangan British ) tidak pernah dihalau dari kawasan perairan Selat Melaka. Malah saudagar Melayu amat senang hati berdagang dengan saudagar-saudagar dari negara lain. Menunjukkan kita amat menghormati tetamu.

Dan satu perkara yang perlu juga diketahui oleh pihak berwajib yang ‘menghalau’ YB Nurul Izzah dari Sabah ialah bahawa orang Melayu (tradisional) amat tidak ‘sampai hati’ menghalau tetamu yang datang ke rumah. Menghormati tetamu, namanya. Bukan sahaja tidak ‘sampai hati’ menghalau tetamu, malah diberinya makanan untuk dinikmati oleh tetamu. Itulah sifat sebenar orang Melayu. Dan aku rasa pada umumnya orang Sabah adalah dari rumpun Melayu. Mungkin yang berperangai ‘menghalau’ YB Nurul Izzah itu adalah bukan dari keturunan rumpun Melayu. Mungkin…..

Peristiwa yang berlaku kepada YB Nurul Izzah ini sudah menjadi bahan perbualan di mana-mana sahaja ada majlis keramaian. Di mana-mana saja orang memperkatakannya dan diikuti dengan perasaan marah walaupun kadang-kadang diikuti dengan deraian gelak ketawa mempersendakan tindakan kerajaan negeri Sabah itu.

·      Ramai yang mengatakan bahawa pihak imigresen di Sabah amat ‘cekap dan efisyen’ menjalankan tugas terutama terhadap orang yang tidak bersalah. Namun mereka membiarkan pendatang-pendatang haram datang secara berleluasa masuk ke negeri mereka.Pengganas  dari  Sulu pulak boleh tinggal beberapa ketika di Lahad Datu dan membunuh beberapa orang askar kita. 
·      Bagi pihak berkuasa di sabah, YB Nurul Izzah adalah seorang pesalah yang amat berat kesalahannya sehingga tidak dibenarkan langsung menjejakkan kaki di bumi Sabah.

Pelik juga. Ini yang dikatakan Malaysia Boleh agaknya…….

Sumber : Abuhassanadam
31 Mei 2013

No comments:

Post a Comment