KEBANGKITAN RAKYAT – LUAR BIASA!......
AWAS SPR : JALANKAN URUSAN PILIHAN RAYA DENGAN ADIL DAN TULUS
Bagiku kebangkitan rakyat Malaysia kini luar biasa. Memang luar biasa.
Belum pernah lagi aku tengok kebangkitan rakyat sebegini di Malaysia. Boleh aku
katakan sebagai kebangkitan–ala Malaysia. Seluruh negara bangkit. Tak kira
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dll. Tua, muda, lelaki, perempuan semuanya
dalam mood ‘ kebangkitan rakyat’.Aku dapat laporan dari seluruh negara
mengatakan begitu. Kebanyakan yang melaporkan kepada aku ( kebanyakannya bekas
student yang belajar di United Kingdomm ) merasa hairan melihat fenomena
sebegini.
Aku pernah hadir satu dua ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat
untuk mendengar penjelasan dan hujah mereka. Aku tak perlu pergi ke ceramah
BN-UMNO sebab penjelasan mereka boleh aku dengar melalui TV/Radio. Setiap masa.
Oleh itu untuk mendengar hujah Pakatan Rakyat aku terpaksa pergi ke
ceramah-ceramah umum. Ke mana saja aku pergi disekitar Lembah Kelang aku dapati
memang ramai rakyat yang hadir. Dan apabila ada berita yang mengatakan keadaan
sedemikian bukan sahaja berlaku di Lembah Kelang tetapi diseluruh negara maka
yakinlah aku bahawa rakyat sedang bangkit. Bukan memberontak tetapi menyatakan
tidak bersetujunya mereka dengan perjalanan pentadbiran BN_UMNO sekarang.
Berdasarkan kepada jumlah kehadiran di ceramah-ceramah umum, maka jelas
menunjukkan bahawa BN-UMNO akan tewas dalam PRU 13 ini. Tetapi itu bukan
penentunya. Yang akan menentukan kalah menangnya ialah pengundian yang akan
dijalankan pada 5 Mei 2013 nanti. Itu keputusan yang sebenar-benarnya. Di situ
lah rakyat yang akan membuat penentuan samada BN-UMNO dapat mengekalkan
pemerintahan mereka selama lima tahun lagi ataupun menyerahkan pimpinan
kerajaan ini kepada kerajaan baru – Pakatan Rakyat. Sama-sama kita tunggu hari
penentuan itu.
Namun begitu satu perkara yang perlu difahami dengan sejelas-jelasnya
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) ialah rakyat mahukan PRU 13
dijalankan dengan adil dan saksama. Pendek kata jangan sekali-kali SPR cuba
melakukan apa saja bentuk penipuan terhadap PRU 13 ini. Kesannya amat buruk.
Aku berkata demikian berdasarkan kepada pemerhatian aku bahawa rakyat Malaysia
sebenarnya telah pun membuat keputusan ia itu mereka mahu Pakatan Rakyat
menggantikan pemerintahan Barisan Nasional.
Mungkin tidak kena caranya aku membuat andaian sedemikian tanpa
menjalankan kajian terperinci dan akademik. Berdasarkan kepada kajian yang
telah dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah universiti mengatakan bahawa
akan berlaku perubahan pemerintahan di Malasyia. Mengikut kajian mereka yang
menggunakan beberapa kaedah yang tertentu. Kaedah saintifik tentunya.
Namun begitu ‘kaedah’ yang aku gunakan yang menyebabkan aku membuat
kesimpulan bahawa rakyat mahukan perubahan adalah berdasarkan pemerhatin
orang tua yang telah melalui beberapa pilihan raya semenjak zaman
kemerdekaan lagi. Dan melalui perbincangan dan pergaulan dengan rakyat dari
golongan muda, aku dapati mood mereka adalah ke arah menukar kerajaan.
Apabila mereka memuji dan memuja Rafizi Ramli dan Nurul Izzah maka dengan
sendirinya aku dapat mengetahui kecondongan politik mereka. Yang menarik
perhatian aku pula ialah bukan sahaja golongan muda dari keturunan Melayu
sahaja yang memberikan pujian melambung kepada kedua-dua tokoh muda ini, tetapi
yang bukan Melayu pun begitu juga.
Berdasarkan episod ini aku yakin bahawa Malaysia akan menuju ke zaman
yang amat cemerlang dari segi usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan politik baru
di Malasyia yang mana tidak lagi memberatkan kepada persoalan kaum. Malaysia
akan bergerak ke arah membahagiakan semua kaum di Malaysia. Hasratnya ialah
tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam mengharungi pembangunan di
Malasyia di bawah pemeritahan Pakatan Rakyat.
Aku merasa amat bimbang sekiranya keputusan PRU 13 nanti tidak memihak
kepada Pakatan Rakyat. Namun begitu dalam mengharungi proses demokrasi kita
harus patuh kepada apa juga keputusan PRU13, dengan syarat PRU itu dijalankan
oleh SPR dengan adil. Sekiranya rakyat yang membuat penentuan dalam suasana
pengundian yang aman dan telus dan tidak dipengaruhi oleh kegiatan penipuan,
maka rakyat dengan penuh iklhas akan menerima keputusan berkenaan dengan hati
yang terbuka.
Begitulah hendaknya berakhirnya PRU 13 nanti. Walaupun rakyat
seolah-olah mahukan perubahan dan memberika peluang kepada Pakatan Rakyat dan
Anwar Ibrahim menerajui negara ini dalam masa lima tahun yang akan datang,
namun sekiranya rakyat pula membuat keputusan yang sebaliknya melalui
pengundian yang dijalankan pada 5 Mei 2013, sudah pasti keputusan pengundian
diterima.
Kita tidak mahu ‘ rumah siap pahat berbunyi’. Untuk mengelakkan keadaan
sedemikian berlaku, pihak SPR mesti menentukan proses pengundian besok dijalankan
setelus-telusnya. Sudah mula terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa
terdapat usaha-usaha penipuan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. SPR
sepatutunya menyiasat dengan segera dan mempastikan segala tuduhan sedemikian
tidak semestinya wujud. Dan sekiranya betul-betul berlaku penipuan sedemikian,
maka SPR perlu mengambil tindakan segera dan membetulkan keadaan itu.
Kesan positif yang boleh kita lihat selepas ini sekiranya SPR
menjalankan PRU dengan telus ialah,
· Rakyat akan memberikan
kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada SPR.
· Parti yang menang dan
parti yang kalah akan dapat bekerjasa dengan erat untuk memacu negara Malaysia
ke arah zaman yang gemilang. ‘ Biduk lalu kiambang bertaut’
· Apabila pemimpin parti
kerajaan dan pembangkang dapat berkerjasama dengan erat, maka rakyat juga akan
bertambah erat antara satu dengan lain
Aku berpendapat hasrat yang sedemikian bukan igauan orang tua seperti
aku. Aku yakin boleh dicapai. Aku yakin impian itu akan terlaksana dengan
syarat semua pihak bekerjasama dan menentukan arah tuju negara kita.
Aku hanya mampu berdoa.
4 Mei 2013
No comments:
Post a Comment