Tuesday, April 30, 2013

SELURUH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KENA BERSIAP-SEDIA DARI SEKARANG BAGI MENGHADAPI PENIPUAN SECARA BESAR-BESARAN OLEH SPR MEMBANTU UMNO MENANG 2/3

(CATATAN : TIADA ADA SEBUAH NEGARA PUN DI DUNIA INI YANG MENGAMALKAN DEMOKRASI SEPARUH MASAK SEPERTI DI MALAYSIA INI BOLEH TUKAR KERAJAN MELALUI PILIHANRAYA. LIHAT DI TUNISIA, MESIR, LIBYA,  ZIMBABWE, FILIPINA, INDONESIA DLL SEMUANYA MELALUI PILIHANRAYA TIPU, TETAPI JATUH DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT-RAKYAT SEMAKIN HILANG KEYAKINAN TERHADAP SPR)

 [VIDEO] ANWAR DEDAHKAN LOKASI RAHSIA PETI UNDI DISOROKKAN


PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu.

“Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR.

“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang.”

Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai.

Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut.

Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu.

“Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. ”

Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti.
SKANDAL SPR MEMBANTU UMNO UNTUK MENANG

Ulasan GB

Itu baru satu. Mungkin terdapat lebih banyak "stor" tidak rasmi SPR di seluruh negara.

GB berharap jika terdapat kes seperti di atas, petugas-petugas PR membuat laporan polis dan dapat menyalurkan maklumat tersebut seberapa segera kepada pimpinan parti supaya ianya dapat didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebarang penyelewengan, penipuan dan ketidak-telusan perlu disekat dan dihalang dan mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan.

Kita berdoa kepada Allah supaya segala rancangan penipuan (jika ada) oleh pihak SPR dan agensi-agensi yang terbabit itu gagal dan semua yang terlibat dihukum dengan seadil-adilnya olehNya.
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
(Bukankah Allah Hakim yang seadil - adilnya)

Kertas Undi Keluar Dua Kali, PAS Lapor Polis..


Temerloh: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.

Sumber : Kelab Grenbox

No comments:

Post a Comment