Monday, April 29, 2013

BERSIAP SEDIALAH BAGI MENGHADAPI PENIPUAN SPR SECARA BESAR-BESARN DENGAN BERBAGAI CARA DAN STRATEGI-AWAS

Kenapa berlaku 7 nama pengundi pos berulang



KUALA LUMPUR: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung tujuh nama pengundi pos yang berulang dalam daftar pemilih pengundi pos pada 23 April lalu.


Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusuf berkata, mereka telah menerima laporan terdapat nama-nama pengundi pos yang muncul dua kali di Parlimen Temerloh.


Katanya perkara tersebut disedari oleh petugas PAS dan segera membuat bantahan apabila ada cubaan untuk mengeluarkan sekali lagi kertas undi kepada nama-nama tersebut.


"Di Temerloh, PAS berjaya mengesan sekurang-kurangnya tujuh nama pengundi pos yang berulang.


"Persoalan yang timbul apakah ini.hanya merupakan kesilapan yang tidak disengajakan di pihak SPR, atau ianya cubaan untuk mengeluarkan undi pos secara tidak sah atas tujuan tertentu?" soalnya dalam sidang media di Pusat Media PAS.


Jelasnya, SPR sentiasa mendabik dada bahawa daftar pemilih yang digunakan untuk pilihan raya di Malaysia adalah sempurna dan bebas dari sebarang manipulasi.


Namun, insiden yang berlaku ini termasuk beberapa pendedahan yang dibuat sebelum ini, katanya ianya jelas menunjukkan terdapat kelemahan di dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR.


PAS Pahang akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan mendesak supaya siasatan dijalankan di samping SPR mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan daftar pemilih yang masih diragui.


"Kami percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di Temerloh, tetapi juga berlaku di tempat-tempat lain di mana mungkin wakil-wakil parti tidak menghantar wakil untuk memantau proses pengeluaran undi pos,"katanya.


1 comment:

  1. Pengerusi SPR dia tau apa dia hanya tau becakap tapi apa yang dia cakap satu pun tak boleh dipakai sebab dia dah disuap secukup kenyang dah tu la sebab dia cakap macam pelaq, rakyat dok bagi tau yang orang bawahan dia dok buat kereja tak senonoh bukan dia nak dengaq sebaliknya dok tuduh Pembangkang dan NGO yang buat bagi elok pula yang dok buat cerita mengarot, apa lagi bukti yang dia nak pun kita tak tau , memang pecacai betui lah dia nie ,lepaih ni nanti dia kata la pulak bila belah pembangkang menang depa sengap bila kalah dok tuduh kata SPR bepakat untuk nak menangkan BN ,kalau dah terang macam nie nak kata apa pula, itu satu tempat nu yang diBangala sana tu 100% pemilih poh keluaq pangkah tu betui ka atau ada yang tolong pangkah atau pun semua mamat Bengala yang balik kesana dengan Mykad yang Mahadey Kutty bagi kat depa dulu pakat pi pangkah ,ini bukan aku kata tapi berita tv tiga suku kata.PR kena peka la sikit bab nie bukan buat pekak dok tunggu keputusan pada 5 hb nannti.

    ReplyDelete