Friday, April 26, 2013

ADAKAH INI TANDA-TANDA PERUBAHAN POLITIK AKAN BERLAKU DALAM PRU KE-13 INI YANG MANA UMNO/BN AKAN TUMBANG






Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'ya Allah, harapan cukup cerah sekali.

TAWAN DAN UBAH PUTRAJAYA. HAPUSKAN KEZALIMAN DAN KETIDAKANADILAN YANG BERLAKU DALAM NEGARA INI.





Malam tadi DAP telah mengadakan ceramahnya di Tampin, Negeri Sembilan dan tengah hari tadi pun diadakan di Tampin juga tetapi lokasi yang berbeza.

Walaupun lokasi dan waktunya berbeza yang sama ialah sambutan rakyat berikan kepada kedua ceramah tersebut cukup hangat dan memberangsangkan sekali.

Tampin yang terkenal suatu ketika dulu sebagai kubu kuat UMNO/BN sudah mula goyah tunggu rebah.

Ini pula berlaku di Parlimen Pandan :
 
Malam tadi MCA/BN dan DAP/PR telah membuat ceramah dikawasan Parlimen P100 Pandan serentak.

MCA/BN anjurkan di Pandan Jaya sedangkan DAP/PR pula di Teratai...Rakaman gambar diatas sebagai bukti berbicara mengajak rakyat mencuit minda untuk melihat, berfikir dan menilai secara rasional dan objektif serta menerima hakikat apa yang berlaku diakar umbi masa kini.

Bukan nak mengata maupun menghina.. tetapi begitulah suasananya lebih kurang dimana saja ceramah yang dianjurkan oleh MCA/BN diseluruh negara dikawasan ramai penghuni bangsa Tionghua.

Setiap ceramah anjuran MCA/BN pasti hambar, lengang sunyi sepi tiada sambutan sedangkan ceramah anjuran DAP/PR puluhan ribu yang hadir sudah perkara biasa.

Malahan dari risikan dijalankan di parlimen P100 Pandan, calon bebas bekas pembantu DS Ong Tee Keat, Tan Yew Leng akan memperolehi undi lebih besar dari calon MCA/BN yang kini sedang menghadapi tindakan disiplin Majlis Peguam Malaysia kerana tata salah laku sebagai peguam,  Lim Chin Yee.

Para pemerhati dan penganalisis politik secara kolektifnya akur dan bersetuju yang calon PKR/PR Sdr Ramli Rafizi akan memenangi kawasan parlimen ini.


SUMBER : OMAK KAU

No comments:

Post a Comment