Friday, March 29, 2013

TAKUT KALAH MACAM-MACAM HELAH DICARI SEHINGGA SANGGUP MENJADIKAN PASUKAN POLIS DAN JPJ ANJING UMNO TAHAN TRELER DAN KEPONG CERAMAH PAS SEHINGGA MUHYIDDIN, HISHAMUDIN DAN AZIZ YUSUF BUAT KENYATAAN YANG KARUT-MENGARUT-WALAUBAGAIMANA PUN RAKYAT TETAP BENCI DAN MELUAT TERHADAP UBN-TUNGGULAH DALAM PRU INI UBN AKAN DIHUMBAN DALAM TONG NAJIS



Semuanya gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak yang takut kalah pilihanraya sehingga Tan Seri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Hussein Onn dan Tan Seri Aziz Yusuf membuat kenyataan yang mengarut mengenai suasana PRU 13.


Sebelumnya Tan Seri Muhyiddin mengatakan beliau memiliki dokumen yang mengatakan ada pihak yang hendak mengadakan huru hara selepas PRU 13. Manakala Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan ajaran sesat akan menganggu pada hari mengundi. Datuk Seri Hishamuddin pula mengatakan akan berlaku gangguan di dalam ceramah semasa kempen PRU 13.

Janganlah menanamkan budaya takut kepada pengundi. Seolah-olah jangan bagi rakyat tukar selera daripada memilih BN kepada memilih PR. Hentikanlah tektik lapuk untuk menjatuhkan parti lawan. PRU 12 menjadi bukti negeri yang dimenangi oleh PR berjalan dengan selesa. Negeri Terengganu yang dimenangi oleh Umno berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Datuk Seri Idris Jusuh yang mengadakan tunjuk perasaan mengatakan Sultan Terengganu binatang.

Jika benar mereka ada dokumen dan bukti, maka perlu kena siasat dan ambil tindakan pencegahan segera sebelum terlambat. Rakyat Malaysia tidak mahu tragedi Lahad Datu berulang kembali, apabila pemberontak sudah bertapak baru hendak bertindak.

Berkenaan dengan gangguan ceramah, Hishamudin tidak perlu tunggu pilihanraya. Sekarang pun sudah ada gangguan dan pengganas yang menganggu ceramah PR. Apa tindakan yang telah diambil kepada pengacau? Bertindaklah secara profesional tanpa memilih bulu. Jangan cemarkan institusi hukum di negara ini, angkara terlalu ikut telunjuk Umno-BN.

PR yakin peralihan kuasa berlaku dengan baik. Terbukti dan teruji kekecohan yang berlaku angkara penyokong Umno. Hampir 50 demontrasi di Pulau Pinang, demo kepala lembu di Selangor. Nasib baik pemimpin PR berjaya menenangkan penyokongnya supaya tidak melayan provokasi penyokong Umno-BN yang tidak boleh menerima hakikat adat perlawanan. Mereka membuat kecoh kerana balang oksigen mereka bocor, sehingga sesak nafas.


1 comment:

  1. Kadang-kadang apa yang tersurat bukanlah benar-benar dapat difahami, dan juga apa-apa yang tersirat sungguh sulit untuk ditafsirkan.
    Apa itu kebenaran? Kebenaran yang engkau ucapkan atau yang dia ceritakan ataupun yang mereka canangkan? Batil dan Hak bercampur-baur, sukar membuat perbezaan. Berserahlah pada Allah yang Maha Esa, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan sarwa alam. Raja Manusia, Sembahan Manusia.
    Redha Allah lebih besar maknanya dan kukuh pengaruhnya daripada redha manusia.
    Sedangkan yang mengaku beriman belum tentu beriman. Apa kamu mahu mengatakan kamu beriman sebelum diuji? Bila diuji, maka jelaslah imanmu.
    Ujian itu sudah datang.
    Dan ramailah yang akan menadah tangan, berdoa:-
    "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
    (Al-Kahfi - 18:10)

    ReplyDelete