Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat saman Utusan RM20 juta
KUALA LUMPUR, 27 Mac — Leftenan
Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan
undang-undang ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan
menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau
kepada umum.
Dalam satu kenyataan media hari ini,
peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam
dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai
pihak defendan.
“Dalam artikel Utusan Online
bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu
artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai 'telah memperleceh' Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan
insiden pencerobohan pengganas dari Sulu,” kata Samarudin dalam satu kenyataan.
Menurut Samaruddin lagi, artikel
tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani
pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan
di reban ayam”.
Disamping itu, Samarudin berkata
tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan
Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada
PKR dan Pakatan Rakyat.
“Dakwaan di atas adalah benar-benar
palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.“Dalam hal ini, kita semua
sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah
salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan
Rakyat serta Pakatan Rakyat,” tambah Samaruddin lagi.
Dalam tuntutan yang dihantar
semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk
Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik
menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang
artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.
Berita tentang kenyataan oleh Abdul
Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi
Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur
Selangor di Jalan Maharajalela di sini.
Turut menjadi panel pada forum itu
ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor
Malaysiakini, Fathi Aris Omar.TMI
No comments:
Post a Comment