Saturday, March 30, 2013

PM HARAM JADAH MANA PEDULIKAN UNDANG-UNDANG-NEGARA NI DIBUATNYA MACAM HARTA MAKBAPA DIA




Perjanjian senjata oleh PM 'luput' mungkin tak sah

Jika berjaya menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat akan menyemak semula semua kontrak yang ditandatangani oleh kerajaan persekutuan selepas 8 Mac dan mungkin membatalkannya jika tidak adil dan melibatkan penyalahgunaan kuasa, kata ketua anggota parlimen DAP.

Lim Kit Siang berkata, kerajaan sebenarnya tiada urusan dalam menandatangani perjanjian selepas tamat lima tahun mandat pemerintahan kerana ia dikira perjanjian sementara dan tertakluk kepada pengesahan kerajaan selepas itu.


Mengetengahkan isu perjanjian senjata bernilai RM4.3 juta yang ditandatangani di Langkawi kelmarin, Lim berkata:

"Kita tidak terikat dengan perjanjian ini kerana ia dilakukan selepas 8 Mac, ketika perdana menteri tiada keabsahan dan kewibawaan, dan ia hanya perdana menteri yang sudah 'luput'."

"Beliau tidak boleh tandatangan perjanjian ini," katanya sambil menambah, kerajaan persekutuan patut mengisytiharkan setiap perjanjian selepas tarikh itu kerana ia tidak sepatutnya dibenarkan.

Lim berkata demikian sewaktu measmikan bilik gerakan pilihan raya DAP Seputeh.

Ditanya dalam sidang media selepas itu bahawa kerajaan secara undang-undang masih berkuasa kerana sesi pertama parlimen untuk penggal ini bermula pada 28 April 2008, Lim menolaknya dengan berkata ia persoalan legitimasi, bukan legaliti.MK

No comments:

Post a Comment