Rekod Imigresen Sahkan
Tarikh Lahir Papagomo Di IC Polis & Biasa Adalah Sama
Keadilan sebelum ini
mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris
mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad
pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis.
Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini.
Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR.
Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah:
Semakan
KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan
Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah
sama, iaitu 21 Januari 1983.
KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:
KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:
Ini
menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh
lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan
untuk menyukarkan ia dikesan?
Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat.
Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi?
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN

HAPUSKAN DUA PENDAFTARAN UNDI, SEBARKAN MAKLUMAT ITU, RANCANG SEMAK SEMULA SEMUA I/C ANGGOTA ATM DAN PDRM DI SPR SEBELUM TERLAMBAT.
ReplyDeleteoff white nike
ReplyDeletelongchamp bags
yeezy boost
goyard handbags
louboutin outlet
goyard
nike air max 2019
vans shoes
ferragamo belt
louboutin shoes