Dun Negeri Sembilan sah hingga
tengah malam Rabu ini
Mohamad Hasan
SEREMBAN
– Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri
Khamis ini jika tidak dibubarkan dan bukannya esok, kata Menteri Besar, Datuk
Seri Mohamad Hasan petang ini.
Beliau berkata, terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan Dun yang menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan di bawah Fasal 56(3) menyebut Dewan akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.
Beliau berkata, terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan Dun yang menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan di bawah Fasal 56(3) menyebut Dewan akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.
“Jadi secara automatik ia akan dibubarkan selepas itu kecuali dibubarkan terlebih dahulu.
“Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat dan dalam dalam hal ini, kita guna Akta Interpretasi 1984 dan 1967,” kata beliau pada sidang media diadakan di kediamannya di sini.
Menurutnya, dalam akta itu dinyatakan, di bawah Seksyen 54(1) "in computing time for the purposes of any written law (a) a period of days from the happening of any event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done."
Mohamad berkata, ia bermaksud bahawa apabila mengira waktu atau tarikh bermulanya bila dalam akta itu, hari kejadian tidak dikira sebagai hari bermula, sebaliknya hari esoknya.
“Jadi dalam hal pembubaran Dun secara automatik hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama Dun berjalan.
"Ia dikira pada hari keesokannya iaitu pada 28 Mac 2008. Merujuk perkara itu, umur Dun kita akan sampai 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya dan genaplah lima tahun serta terbubar pada 28 Mac 2013,” katanya.
Beliau berkata, selepas itu kerajaan sementara akan ditubuhkan dan jika Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu membubarkan Dun berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(2), maka tarikh akhirnya ialah 27 Mac ini.
Artikel
Berkaitan
- Dun Negeri Sembilan sah hingga tengah malam Rabu ini
- Nik Aziz: Tarikh bubar Parlimen patut diumum awal
- Dun Selangor: SPR mahu 'tunggu dan lihat'
- Wajar bubar Dun lebih awal
- Bubar Dun: Kelantan tidak ikut Selangor
Sumber : SH
No comments:
Post a Comment