BUKAN
APA TAK SABAR-SABAR LAGI UNTUK MENENDANG NAJIB DAN UMNO KE DALAM NERAKA
JAHANAM-DAH TAK LARAT LAGI DUDUK DI BAWAH UMNO MEMERINTAH 56 TAHUN-KALAU UMNO
LAGI LEPAS NI HISHAMUDIN PULA DAN KEMUDIAN MUKRIZ-BALIK-BALIK KETURUNAN RAZAK
HUSSEIN, HUSSEIN ON DAN DR MAHATHIR
MOHAMAD-MENYAMPAH
Tidak usah kita membuat spekulasi
tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung
dikejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat dihambat
lagi oleh pihak yang cuba menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu
semakin pantas berkembang. Perubahan jelas akan berlaku jika diizin Tuhan.
Bagi saya pilihanraya akan diadakan
pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal yang penuh
dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang terpendek ialah
penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama 3 tahun lapan bulan.
Kita sedang melalui pengalaman
pertama kali di mana penggal pilihanraya yang dibawa sampai ke penghujung
penggalnya kerana pihak yang berkuasa amat takut menghadapi kekalahan. Najib
tidak dapat mengukur sejauh mana rakyat menyokong beliau dan partinya walaupun
berbagai-bagai ‘hand-outs’ diberikan kepada rakyat sekarang ini.
Dengan penangguhan ini ia memberikan
keyakinan penuh kepada sebilangan besar rakyat yang UMNO sudah sampai ke
penghujung kuasa. Sikap dan perasaan takut UMNO itu merupakan penyumbang besar
terhadap kehilangan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Perasaan takut UMNO
itu telah membuat rakyat juga dalam ketakutan untuk memberikan sokongan kepada
parti yang sedang mengalami ketakutan itu.
Keadaan ini seolah-olah telah diatur
untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk mengambil alih. Saya
sendiri merasakan yang sudah sampai waktunya menggilirkan pusaka mentadbir
negara kepada pihak ‘alternative’ dan melakukan perubahan itu bukannya satu
tindakan jenayah seperti yang cuba diyakinkan oleh pihak UMNO dan BN. Masa
untuk membuktikan tuduhan dan lekehan UMNO yang Pakatan tidak pandai untuk
mentadbir negara itu salah, sudah hampir sampai masanya.
Rakyat negara mahu merasakan
‘ambience’ politik yang berbeza kerana rakyat sudah terlalu lama menghadapi
tekanan dan dakyah dibina oleh UMNO itu. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang
membina pemikiran baru rakyat dan keluar daripada ancaman dakyah busuk UMNO dan
BN itu.
Saya ingin memberikan pandangan yang
agak susah bagi mereka yang malas untuk berfikir. Pilihanraya kali ini kita
akan menghadapi arus perubahan rakyat. Mana-mana parti mesti mengikut kehendak
dan aspirasi rakyat yang sebenarnya. Rakyat bukan lagi terikut-ikut dengan
dakyah yang dilakukan oleh UMNO dan BN yang menggunakan alat propaganda mereka
seperti saluran TV dan akhbar Utusan dan sebagainya.
Rakyat berkehendakkan bukan setakat
untuk memberikan kemenangan kepada pihak ‘alternative’ tetapi rakyat mahukan
perubahan dalam segala-galanya. Kerosakan yang dilakukan oleh UMNO dan BN sejak
Dr Mahathir mentadbir negara terlalu besar dan sudah melepasi sempadan kemampuan
orang ramai untuk melakukan penyelesaiannya.
Kali ini ia bukan setakat mendapat
kemenangan bagi pihak ‘alternative’ tetapi aspirasi dan kemahuan rakyat lebih
besar daripada mendapat kemenangan ke atas UMNO dan BN itu. Kini rakyat
memerlukan parti atau pihak yang benar-benar seorang ‘planner’ teknokrat, dan
berkemampuan untuk membina sebuah negara yang baru dengan memulakan dasar dan
perancangan baru yang selari dengan kehendak waktu dan zamannya serta
berteraskan kepada Perlembagaan yang ada.
Apa yang boleh menyelesaikan segala
kekalutan negara ialah kegagalan pimpinan untuk membina ‘national unity’ yang
betul dalam erti kata yang sebenarnya. Pimpinan hari ini tidak berusaha untuk
menyatukan rakyat kerana penyatuan rakyat itu akan memisahkan mereka daripada
kuasa. Mereka sanggup untuk terus menyuburkan perasaan saling mencemburui dan
membenci di antara satu dengan yang lain kerana kepentingan politik sempit dan
haloba mereka.
Membersihkan siasah dan politik
serta kerajaan hari ini bukan setakat menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan
kuasa sahaja. Membersihkan negara daripada rasuah itu hanya ibarat
menghilangkan sakit seperti pesakit yang memakan ubat tahan sakit (pain killer)
semata-mata. Memakan ‘pain killer’ itu hanya boleh menahan sakit tetapi penyakitnya
tetap tidak sembuh juga. Tugas yang lebih besar dari itu ialah untuk
menyembuhkan penyakitnya, iaitu penyakit yang menyebabkan kesakitan itu.
Negara perlukan sebuah negara yang
ditadbir dengan jujur dan mempunyai pelan jangka panjang yang mantap yang boleh
diguna pakai buat jangka masa yang panjang. Rakyat sudah tidak termakan dan
tertarik dengan ‘hand-outs’ yang ‘one-off’ sahaja kerana itu bukanlah
pentadbiran sebuah kerajaan yang progresif dan membeli perasaan dan jiwa rakyat
tidak lagi laku di zaman moden dan yang penuh ‘competitive’ ini.
Rakyat tidak lagi mahu melihat
segala projek yang melibatkan rakyat ditentu dan dilakukan secara ‘ad-hoc’ dan
tidak membawa rakyat untuk bersama-sama menyokongnya. Itu sebabnya seperti yang
disebutkan tadi pimpinan mestilah seorang ‘planner’ yang berpengalaman dan
memahami roh politik negara yang mencukupi dan bukan setakat diberi tempat
kerana mereka termasuk di dalam koridor mereka yang berkuasa.
Kita tidak lagi memerlukan pengumuman-pengumuman
yang berbentuk ‘ad-hoc’ kerana itu akan memudaratkan tahap kewangan negara dan
tidak mempunyai ‘prudence’ yang tinggi dalam sesuatu keputusan yang dibuat.
Kita tidak mahu lagi setiap hari ada sahaja pengumuman yang boleh ditakrifkan
sebagai membeli undi kerana ia membuatkan kos menyelenggara kerajaan terlalu
tinggi.
Rakyat sudah begitu jemu dengan
tindakan memaksa agensi-agensi kerajaan dipaksa membawa manusia yang ramai
untuk menunggu kedatangan pemimpin-pemimpin besar negara kerana menunjukkan
sokongan politik sebagai yang dialami oleh pegawai-pegawai kerajaan sekarang
ini, lebih-lebih lagi semasa menunggu ketibaan pilihanraya.
Jika kerajaan sekarang ini
benar-benar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak akan menggunakan
tenaga dan waktu kerja pegawai kerajaan untuk menumpukan kepada usaha membawa
rakyat ramai ke perhimpunan politik pimpinan kerajaan. Tindakan ini
sesungguhnya merupakan satu tindakan yang tidak beretika dan amat rendah
darjatnya di sisi demokrasi dan moral sebuah kerajaan berdaulat.
Semuanya ini amat digusari oleh
penjawat-penjawat awam terutamanya mereka yang bertugas di Jabatan-Jabatan yang
melibatkan orang awam yang ramai. Mereka juga mempunyai perasaan bersalah
kerana terpaksa berbelanja wang rakyat yang banyak dengan menyewa ratusan bas
dan kenderaan yang lain untuk memaksa rakyat menghadiri program lawatan
pemimpin.
Kerajaan ini sesungguhnya ibarat
kereta tua yang sangat tinggi kos penyelenggaraannya dan kos ini ditanggung
oleh rakyat. Pihak yang mendapat sokongan ialah pihak yang menganjurkan program
yang dihadiri oleh puluhan ribu manusia yang datang dari jauh dan dekat tanpa
dibayar dan diberikan pengangkutan seperti yang dianjurkn oleh parti-parti
dalam Pakatan Rakyat.
Budaya ini nampaknya hanya boleh dihapuskan
jika rakyat beriltizam untuk melakukan perubahan kerana melakukan perubahan
terhadap budaya buruk ini merupakan satu perjuangan yang sangat penting
dilakukan.
No comments:
Post a Comment