Wednesday, March 13, 2013

ASPAN ALIAS : MAHATHIR KATA BANKRAP, TUN MUSA KATA TIDAK



Kenyataan Tun Musa Hitam semalam memberikan pencerahan yang sangat baik untuk politik rakyat dan negara. Beliau tidak bersetuju apa yang di dakyahkan oleh pimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir yang negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya yang akan datang ini. Musa berkata Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk mempastikan yang negara akan terus mencapai kemajuan dan tidak akan melalaikan tanggungjawab yang buat pertama kali di berikan oleh rakyat terhadap pihak pembangkang.


Musa juga tidak bersetuju dengan politik rasis yang menebal sekarang dan pihak yang memainkan sentimen perkauman itu merupakan permainan poltik bankrap yang sudah tidak relevan lagi buat masa dan zaman ini. Kenyataan Tun Musa ini tentunya bertentangan dengan pandangan Dr Mahathir,  seorang pemimpin yang boleh berjalan di atas air itu.

Dr Mahathir yang akhir-akhir ini seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat itu telah membuat kenyataan-kenyataan yang menghangatkan dengan bermatlamat untuk membina dan meningkatkan sentimen perkauman di negara ini. Beliau (Mahathir) telah meminta Felda untuk memainkan filem Tanda Putera bagi menaikkan perasaan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina dan ianya tentulah untuk menghalang DAP yang menjadi sasaran cemuhan Mahathir akhir-akhir ini.

Seperti yang saya sebutkan selalu UMNO hanya akan kekal berkuasa jika ada perbalahan dan perpecahan. UMNO tidak kekal jika rakyat dan negara dalam keadaan aman dan damai. Maka itulah sebabnya UMNO sentiasa berusaha untuk meningkatkan perasaan benci membenci di antara kaum agar parti itu terus menjadi parti pemerintah yang berkemampuan untuk melakukan rasuah secara sistematik.

UMNO memerlukan sangat untuk terus memerintah kerana sudah tertanam budaya dan pemikiran pimpinan UMNO di setiap peringkat yang parti itu ada modal untuk mereka berniaga dan mengumpulkan kekayaan keluarga dan kroni itu. Kejatuhan UMNO merupakan kehilangan punca mereka mengumpulkan harta seperti yang di kumpulkan oleh Karun dahulu.

UMNO sudah tertanam kepercayaan yang hanya UMNO sahaja yang layak untuk memerintah tetapi rakyat sudah berubah dan tidak lagi termakan dengan dakyah buruk dan hina parti itu. Rakyat sudah memahami bahawa mereka adalah tuan kepada negara dan bukannya Mahathir yang sentiasa berfikir yang hanya beliau sahaja yang berfikir. Mahathir berfikir hanya pemikiran beliau sahaja yang mesti di ikuti.

Justeru kenyataan Tun Musa semalam merupakan pencerahan yang amat di nanti-nantikan oleh rakyat dan kenyataan beliau itu telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya di Negeri Johor.

Saya tidak dapat untuk menuliskan secara 'detail' tentang apa yang ada dalam pemikiran saya kerana saya sedang berada di Kedah dalam siri ceramah yang telah di uruskan oleh PAS untuk saya.

Saya akan menulis tentang isu yang di sentuh oleh Tun Musa ini apabila saya kembali ke Kuala Lumpur sehari dua lagi, insyaallah.

No comments:

Post a Comment