Wednesday, March 20, 2013

APPS “PRU13 PKR” SENJATA TERKINI PKR HADAPI SAINGAN MEDIA MASSA



PETALING JAYA 20 MAC : PKR hari ini menggerakkan satu lagi ‘senjata’ terkininya sempena Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU) ini dengan melancaran sistem aplikasi gabungan telefon pintar (smartphone) dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter.


Aplikasi tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berita terkini, kemudahan semakan daftar pengundi, bank infografik yang penuh dengan data dan mengenai isu-isu besar dan video ceramah, sidang media dan aktiviti kempen.

Turut dipaparkan juga adalah twitter pimpinan utama, jadual aktiviti dan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bank profail calon-calon PKR (selepas penamaan calon).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PKR menjadi parti politik pertama yang membangunkan Apps bersepadu itu untuk menyebarkan maklumat sepanjang kempen PRU melalui media sosial.

Katanya, Applikasi yang dinamakan “PRU 13 PKR” ini dibangunkan untuk platform Apple dan Android buat masa ini.

“Ia boleh mula dimuat turun di iTunes dan Market Place dari minggu bermula 25 Mac 2013 dengan jangkaan Dewan Rakyat dibubarkan selewat-lewatnya dalam minggu tersebut.

“PKR akan mempromosikan Apps ini bermula dari hari ini melalui preview video yang boleh didapati di Youtube,” katanya.

Sementara itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkannya berkata, peranan media sosial adalah penting kerana amalan demokrasi terhambat dengan akses media tidak bebas di negara ini.

“Supaya aplikasi ini dapat dimanfaatkan dan ia akan menjadi satu persaingan yang hebat dan adil dengan memberikan pilihan kepada rakyat untuk mendengar hujah dan menilai pandangan yang diberikan,” kata Anwar.

No comments:

Post a Comment