Friday, February 15, 2013

TAMPARAN KPD BN DARI PSY: BINTANG KOREA TAK MAHU GAUL 'YEE-SANG' BERSAMA NAJIB, BN



Written by  Wong Choon Mei, Alaa Soleiman, Malaysia Chronicle

PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.


Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy  telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.

Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!

Oppa cara BN: Tiada politik bagi Psy!

Tetapi, sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style.

Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan pm, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style.

Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy.
Yee-sang merupakan salad ikan mentah yang digaul semasa Tahun Baru Cina untuk menggambarkan nasib baik dan kejayaan. Mandat 5 tahun BN akan berakhir pada 28 April 2013 dan Najib dijangka mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam beberapa minggu lagi.

Namun demikian, adalah dijangka BN akan kehilangan kuasa yang telah mereka pegang selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan, dengan Pakatan Rakyat, yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk mempelopori pertukaran rejim buat pertama kalinya di negara ini.

Untuk menyelamatkan diri dari dikeluarkan oleh partinya sendiri, Najib perlu meyakinkan mereka bahawa BN akan menang, dia perlu mendapatkan sokongan pengundi terutamanya orang Cina, yang telah jelik dan kecewa dengan rasuah dan skandal yang dilakukan oleh golongan elit BN.

Tidak bersedia untuk BN & Han Chiang bukan Han Yang

Walaupun telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mejayakan konsert, Najib berkemungkinan besar telah menjadikan keadaan semakin teruk bagi dirinya dan juga BN apabila berkali-kali tersasul dalam ucapannya.

Respon kurang memberangsangkan dari orang ramai sudah tidak syak lagi apabila PM bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada mereka sebanyak tiga kali - "sudah bersedia untuk BN". Perkataan 'tidak' lebih kedengaran. Namun, apabila Najib bertanya kepada mereka jika sudah bersedia untuk Psy, mereka berteriak 'Ya' dengan sepenuh perasaan.

Perkara yang lebih teruk berlaku selepas itu kepada Najib. Dalam ucapannya, dia telah  menyebut Kolej Han Chiang beberapa kali sebagai 'Han Yang' menjadikan penonton mengeboonya beberapa kali. Implikasi bahawa dia sebenarnya tidak ikhlas sudah nyata sama sekali, dia sudah tidak mampu memenangi hati orang ramai lagi.

Walau dengan pengumuman bahawa BN akan membina 20,000 rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau Pinang, ia hanya disambut dengan tepukan kurang memberangsangkan dari orang ramai dan jaminannya untuk "memberi yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang" telah dicemari dengan penonton menjerit " cepatlah habis" dan "kami mahu Psy".

Apabila Najib menyatakan semula janji yang telah dinyatakan oleh mantan pm Mahathir Mohamad bahawa kerajaan persekutuan akan mengadakan dana untuk membina monorail untuk Pulau Pinang, beberapa tepukan kedengaran termasuk beberapa sindiran "bina dululah".

Psy "bijak dan adil"
Dalam menunggu persembahan Psy, ramai di antara rakyat Malaysia yang telah merayu Psy dalam laman Facebooknya untuk menolak pelawaan BN yang ternyata adalah satu 'gimik politik' untuk menggambarkan bahawa Psy mengesyorkan agar rakyat mengundi BN.

"Tingkah laku Psy menunjukkan bahawa dia bersependapat dengan rakyat Malaysia. Mereka mahu menyaksikan persembahannya dan bukan melihat dia dipergunakan oleh Najib dan Gerakan untuk menunjukkan sokongan pada BN. Undi adalah suatu perkara yang serius dan bukannya sarkis perhubungan awam bagi Chang Yeow menunjukkan kemahiran menguruskan sesuatu untuk mengipas Najib dan keluarganya," kata Tan Kee Kwong, pemimpin senior pakatan Pembangkang dalam parti PKR kepada Malaysia Chronicle.

Saya lega kerana Psy begitu bijak dan adil. Tiada sebab kenapa dia perlu menyokong BN. Ini bukan sesuatu yang baik untuk politik mahupun reformasi. Mereka cuba mempergunakannya, jadi kenapa dia perlu menyokong ahli politik yang tidak ikhlas.

Norashman ditonjolkan, Badawi ditolak ke tepi

Sebenarnya, para pemimpin Gerakan termasuk penasihat-penasihat Najib telah cuba menggunakan konsert itu untuk menaikkan populariti Najib yang semakin menurun. Najib mempunyai sokongan yang paling sedikit berbanding semua perdana menteri yang pernah melalui pilihanraya umum dengan skor hanya sebanyak 63%

Sehari yang lalu, Najib telah memberitahu pemberita bahawa dia ingin melakukan sesuatu yang baru pada tahun ini. Strategi terbarunya dengan memakai baju Cina merah hati dalam poster yang digantung di seluruh negara menaikkan perasaan tidak puas hati dalam puak konservatif parti Umnonya.

Gambar Najib seorang diri dan dia juga membawa anaknya Norashman ke majlis Tahun Baru Cina membuatkan orang bercakap. Ada yang percaya bahawa dia telah dinasihatkan kurang menonjolkan isterinya yang telah banyak dicemari skandal itu.

Walau bagaimanapun, dia telah melanggar protokol pada hari Isnin sehinggakan Badawi yang merupakan PM ke-5 Malaysia telah dipinggirkan dan diberi tempat duduk di barisan kedua.

Keutamaan Najib dan kesediaanya membelanjakan wang rakyat untuk mempromosikan dirinya dan juga keluarga telah pun menghancurkan Umno. Tindakannya untuk tiba-tiba memberi fokus kepada Nurashman akan meniupkan kontroversi bahawa dia dan Rosmah cuba menyediakan Norashman untuk mengambil alih dari anak Mahathir, Mukhriz.

Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 yang juga telah mengaku secara terbuka bahawa cita-citanya adalah untuk melihat anaknya mengikut jejak langkahnya, tanpa mempedulikan kebencian rakyat pada golongan elit Umno dan polisi politik dalaman Umno yang tertutup.

Rosmah terlupa lirik

Namun, ia agak sukar untuk melembutkan hati Rosmah yang keras, kerana dia sudah terbiasa dengan pandangan negatif rakyat terhadap keborosannya, kecintaannya terhadap cincin berlian yang besar dqn juga beg jenama Birkin yang tersangat mahal.

Isnin lalu, penonton begitu baik padanya apabila dia dijemput untuk bersama-sama suami dan anaknya untuk menyanyikan dua lagu tahun baru Cina. Dia kelihatan seperti tidak suka mungkin kerana dia tahu bahawa rakyat kurang suka padanya dan bersedia untuk di'boo' penonton.  Tetapi, penonton Pulau Pinang berkelakuan baik dan suami serta anaknya kelihatan lega, seperti yang diperhatikan oleh mereka yang berada berdekatan dengan pentas.
Walaupun begitu, Rosmah telah lupa akan liriknya dan dia senyap dalam tempoh yang agak lama apabila terlupa, memalukan Najib dan pemimpin BN yang lain.

Mungkin Rosmah telah bernasib baik kerana penonton tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Psy dan dia telah terlepas daripada kritikan rakyat kerana malas untuk mengingati lirik lagu yang bermaksud untuk menyampaikan mesej kepelbagaian kaum dan kurangnya syak wasangka terhadap masyarakat Cina.

Tiada 'oomph' bagi Chang Yeow

Bagi Chang Yeow dari parti Gerakan pula, jika dia bakal mengambil alih jasatan presiden dari Tsu Koon, masa depannya dalam parti bermasalah yang dahulunya menguasai Pulau Pinang tanpa menghargainya nampak gelap.

Walaupun dia telah mencuba sedaya upaya, dia kekurangan 'oomph' untuk memenangi hati generasi baru di Pulau Pinang yang berpendidikan dan mahukan lebih dari segi demokrasi dan hak asasi melebihi generasi terdahulu mereka.

Dalam ucapannya, Chang Yeow berjanji bahawa "lebih banyak lagi akan diperolehi oleh Pulau Pinang" dan BN merupakan satu-satunya kerajaan yang boleh mentransformasikan negeri itu. Dia juga telah cuba memperolehi tepukan gemuruh dari hadirin untuk Najib yang dia cuba peringati kepada mereka telah datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama rakyat. Namun dia gagal.

Walaupun hadirin mahu memberi tepukan gemuruh untuk satu Malaysia yang bersatu, mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama untuk Najib. Sebelum keadaan menjadi lebih memalukan, pengerusi majlis yang bijak telah menyelamatkan keadaan dengan menarik perhatian penonton dengan mengingatkan penonton bahawa Psy akan membuat persembahan tidak lama lagi.

BN yang licik? Tidak perlu Guan Eng, PR akan bimbang

Lawan Chang Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak menghadiri majlis itu kerana telah ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agung Tuanku Haminah pada pkul 11 pagi.

Sedikit sahaja yang hadir dengan baju meah, hijau dan kuning untuk menyatakan sokongan kepada kumpulan pro alam sekitar anti- Lynas dan Bersih, pergerakan untuk piliharaya adil dan bersih seperti yang disarankan oleh Lim. Namun, ini berkemungkinan kerana terdapat amaran dari ketua polis pro BN yang berkata akan berlaku masalah jika rakyat Pulau Pinang memakai warna-warna tersebut ke konsert sebagai sokongan kepada Guan Eng dan PR.

Walapun begitu, nampaknya pembangkang tidak perlu risau. Najib, Chang Yeow dan BN telah merosakkan rancangan mereka sendiri.

Secara keseluruhannya, kemunculan sulung Psy di Malaysia merupakan kejayaan bagi rakyat Pulau Pinang. Dan juga menjadi tamparan hebat kepada BN kerana cuba mempergunakan  bintang Korea itu termasuk rakyat di negeri itu sendiri bagi tujuan motif politik mereka.

Kata akhir dari Psy adalah dia akan kembali ke Malaysia pada bulan April untuk mempromosikan single terbarunya. Diharapkan pada ketika itu, pilihanraya umum di Malaysia telah tamat dan bintang Korea itu tidak perlu berhati-hati dengan pemimpin licik yang cuba mempergunakannya untuk kepentingan dan populariti sendiri.


Related Story:

No comments:

Post a Comment