Ini MB Kedah, Bonceng Motosikal 3
KM..
RAKYAT KEDAH BANGKIT MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAS/PR
KEDAH PIMPINAN YAB DS AZIZAN RAZAK DARI DISERANG DENGAN FITNAH JAHAT
UMNO!!!!!..
Puluhan ribu rakyat Kedah Darul Aman semalam telah turun beramai-ramai tanda memberikan sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan PAS/PR Kedah pimpinan YAB DS Azizan Razak dengan berhimpun aman di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah petang semalam selepas solat Jumaat.
Jalan ke lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah sesak dan trafik jem sehingga lebih dari 3Km panjangnya, sehingga ribuan rakyat terperangkap tidak dapat ke lokasi himpunan.
Rakyat mula berhimpun Di Dataran Putra Kuala Nerang., Kedah lebih kurang jam 3.00 petang dan berkonvoi ke lokasi dengan didahului konvoi anak-anak muda bermotosikal, sekitar 2 ribu buah motosikal ambil bahagian.
Himpunan Raksasa ini dinamakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah Dan Himpunan Menyokong Projek Ladang Buah Buahan Di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang Kedah.
Sebelum ini pelbagai fitnah dilontarkan kepada kerajaan PAS/PR Kedah pimpinan DS Azizan Razak oleh UMNO yang dikepalai oleh anak Tun Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir yang memasang angan-angan mau menjdai MB Kedah jika UMNO berjaya merampas kembali Kedah dengan mengwujudkan suasana tidak tenteram kononnya Projek Ladang Buah-buahan di Charok Genting, Empangan Pedua memdapat tentangan dari rakyat Kedah.
Himpunan raksasa semalam telah menjawab dengan sendiri yang rancangan UMNO/BN Kedah itu mendapat tentangan yang cukup hebat dari rakyat Kedah. Rakyat Kedah rata-rata menyokong kerajaan PAS/PR Kedah pimpinan DS Azizan Razak.
RAKYAT BANGKIT UMNO SAKIT....RAKYAT BERMAKLUMAT UMNO RIWAYAT TAMAT...RAKYAT BERSATU UMNO MATI KUTU.
BN MENANG PEMIMPIN KENYANG KRONI SENANG!!!!!!!
No comments:
Post a Comment