Friday, February 8, 2013

HAKIKATNYA UMNO AKAN MEMPERALATKAN PERKASA-PEKIDA-DAN SAMSENG-SAMSENG YANG DIUPAH UNTUK MENGHARU-HARAKAN NEGARA KERANA MEREKA AKAN KALAH-TIDAK ADA BUKTI YANG PR YANG MENIMBULKAN HARU-HARA SELAMA INI



PRU13: Malangnya Najib sambut spekulasi huru-hara

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku huru hara ala Arab Spring selepas pilihan raya hanya provokasi seperti mana yang dilontar oleh Pengerusi SPR sebelum ini.

“Kami kesal kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir menjadi kayu ukur untuk menimbulkan sekali lagi kemelut dan polemik politik murahan.

“Malangnya PM Datuk Seri Najib pula menyambut spekulasi ini seolah-olah ia benar-benar akan berlaku,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
 Berikut kenyataan penuh beliau.

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras)  berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku huru hara ala Arab Spring selepas pilihan raya hanya provokasi seperti mana yang dilontar oleh Pengerusi SPR sebelum ini.

Kami kesal kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir menjadi kayu ukur untuk menimbulkan sekali lagi kemelut dan polemik politik murahan. Malangnya PM Datuk Seri Najib pula menyambut spekulasi ini seolah-olah ia benar-benar akan berlaku.

Jelas politik desperado (politik terdesak) kini diguna bukan sahaja untuk mengelak menjawab isu-isu besar seperti kepincangan ekonomi dan jenayah yang melibatkan pemimpin negara, malah mencipta isu keselamatan untuk menjustifikasi tindakan luar jangka akan diambil mula dibayangkan oleh pemerintah sendiri.

PRU13 yang tidak boleh ditunda lagi walaupun pemerintah sekarang belum cukup yakin akan bertahan, malangnya kini diheret kepada perbincangan yang bersifat spekulasi yang sangat tidak bertanggungjawab.

Spekulasi poltik seperti yang dikeluarkan Mahathir malangnya seperti biasa disambut oleh media perdana sebagai suatu isu besar seolah keputusan  piliharan raya yang bakal diumumkan sudah dapat dijangka. Lantaran itu provokasi akan berlaku huru hara ditimbulkan jika pihak pembangkang kalah.

Apakah ini petanda pihak BN sendiri bersedia melakukan apa sahaja untuk menolak keputusan rakyat jika sebaliknya berlaku? Dengan beria-ia benar BN akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir seperti yang pernah diumumkan sendiri oleh PM dalam perhimpunan UMNO, bermakna BN lebih berkemungkinan mengujudkan suasana huru hara jika ia gagal mempertahankan kuasa.

Kami membantah keras PRU13 kali ini cuba diheret kepada spekulasi politik yang melibatkan keselamatan negara. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, berunsur provokasi yang merbahaya.

Mahathir dengan jelas kini bermain sentimen keselamatan di saat kehangatan rakyat bangkit untuk membuat perubahan. Spekulasi Mahathir sepatutnya tidak dilayan oleh pihak media atau rakyat kerana ia jelas memerangkap semua pihak untuk merasa keselamatan negara akan terjejas jika keputusan PRU13 tidak berpihak kepada BN.

Kami berpendirian pihak keselamatan harus melihat provokasi ini sebagai suatu pernyataan yang perlu dikawal dan diambil tindakan terutama terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut iaitu Mahathir.

Apa asas beliau mengeluarkan kenyataan tersebut? Adakah hanya kerana gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung maka beliau melontarkan spekulasi seperti itu untuk menjustifikasi huru-hara akan berlaku?

Kami menegaskan bahawa jika ada mana-mana pihak  menjadikan ini sebagai alasan untuk mengantung PRU13 maka jelas negara ini menuju kearah pemerintah diktator.
Kami melihat pernyataan ini mempunyai muslihat politik yang sangat curang kerana nafsu memegang kuasa oleh BN terlalu kuat sehingga mengenepikan kewarasan dan kematangan ketika berdepan dengan pembangkang.

Bukankah demokrasi menuntut kepada persaingan sihat untuk mentadbir dengan terbaik melalui penggubalan dasar dan perlaksanaan dasar yang diterima oleh rakyat? Kenapa pihak pemerintah harus bersandar kepada taktik menimbulkan isu keselamatan jika rakyat sudah bersedia untuk menukar pemerintahan secara pilihanraya yang bersih dan adil?

Isu yang harus dibahaskan ialah sejauhmana PRU13 dijamin berjalan dengan adil dan bersih. Isu seperti pendaftaran dan pemberian kerakyatan kepada rakyat asing secara tidak sah sehingga boleh menjejaskan daftar pengundi dalam PRU seharusnya diberi perhatian. Demikian juga isu mengenai penggunaan institusi awam untuk berkempen politik oleh parti pemerintah,  ketiadaan akses pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej melalui media awam dan pengurusan undi pos yang tidak telus adalah isu yang perlu ditangani dan didebatkan. Bukan isu spekulasi hura hara.

Rakyat seharusnya menolak spekulasi ini. Strategi politik murahan seperti ini yang boleh menimbulkan ketidakyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini boleh memporak-perandakan negara.

Kami lebih khuatir huru hara boleh berlaku jika keputusan yang tidak memihak kepada pemerintahan sedia ada, berdasarkan insiden politik samseng yang terjadi berkali-kali terhadap pembangkang dalam program jelajah dan acara ceramah di seluruh negara.

Sepatutnya inilah yang perlu diambil tindakan oleh pihak keselamatan. Bukan memberi reaksi pantas kepada kenyataan spekulatif seperti yang dikeluar oleh Mahathir.

Baca pula artikel di bawah :

Siapa sebenarnya tolak keputusan rakyat?

No comments:

Post a Comment