SHAH ALAM 20 FEB: Sultan Selangor hari ini
bersetuju dan menyokong hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal dan menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU 13) berasingan tanpa menunggu mandat lima tahun berakhir.
Perkara itu dinyatakan Sultan Sharafuddin
Idris Shah ketika Khalid menghadap Baginda pagi tadi.
Menurut Khalid, Baginda menyerahkan urusan
pembubaran itu sepenuhnya kepada beliau asalkan ia dilakukan secara tertib dan
teratur.
“Saya mengikut sahaja titah Tuanku yang
membenarkan saya membuat pembubaran DUN awal,” katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
“Kenapa Tuanku nak buat secara teratur dan
tertib, supaya tidak ada pihak yang mengatakan Selangor jalankan pilihan raya
awal tapi melakukannya secara tidak betul,” jelas Khalid.
Khalid berkata, Baginda turut bertitah, tarikh
pembubaran DUN yang ditentukan Menteri Besar perlu dibuat dalam keadaan dan
cara yang lebih teratur.
“Saya dah janji dengan Sultan, saya mengikut
titah Tuanku supaya tak payah umumkan (tarikh). Setakat ini kita merahsiakan
tarikhnya,” kata Khalid.
Ditanya adakah pembubaran DUN dibuat hujung
bulan ini, setelah perayaan Chap Goh Mei berlalu, Khalid hanya ketawa dan berkata:
“Tunggulah…”.
Ditanya lagi apa faedah diperolehi rakyat jika
pilihan raya dijalankan berasingan, ini jawapan Khalid: “Sudah tentu rakyat
Selangor gembira jika PRU berlaku lebih awal”.
“Bagaimanapun saya tiada halangan untuk
mengadakan pilihan raya DUN Selangor serentak dengan PRU 13,” kata Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini bertangguh untuk membubarkan
Parlimen walaupun tempoh mandat Kerajaan Pusat berbuat demikian berakhir 28
April ini.
Ini pertama kali sebuah negeri di Semenanjung
mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari
Kerajaan Persekutuan.
Selangor juga akan menjadi negeri pertama di
Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan
persekutuan.
Allah Maha Besar!
ReplyDeleteAllah Maha Besar!
ReplyDeleteAllah Maha Besar!
ReplyDeleteSemoga PR akn.kekal di selangor .
ReplyDelete