Friday, February 8, 2013

DULU,KINI DAN SELAMANYA SPR TIDAK BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MEMBERSIHKAN PILIHANRAYA-RAKYAT WAJAR RURUN KE JALAN RAYA UNTUK MENUNTUT AGAR SPR TIDAK MEMBANTU UMNO UNTUK KEKAL BERKUASA



Jika Tidak Mahu Rakyat Bangkit, Bersihkan Dahulu Sistem Pilihanraya!

Pembangkang harus terima sekiranya tewas pilihan raya’

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pembangkang harus menerima keputusan pilihan raya yang dilangsungkan tahun ini sekiranya tewas, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, pembangkang perlu menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah salah satu prinsip dalam sistem demokrasi.

“Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen, bererti kita mesti terima keputusan rakyat.

“Bila dia kata dia percaya demokrasi dia harus menyanjung prinsip itu, itu hakikatnya,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabatnya hari ini.

Menurut Najib, rakyat secara umumnya tidak menerima politik huru-hara, dan harus berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

“Kalau dia nak buat huru hara, semua orang tak boleh terima.

“Kita akan wujudkan the rule of law,” kata Najib lagi.

“Menghormati undang-undang adalah prinsip asas dalam negara, perjalanan demokrasi menuntut kepada kita menghormati undang-undang negara,” katanya.

Katanya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan akan mengetuai perhimpunan rakyat besar-besaran sekiranya SPR tidak telus dalam menggendalikan perjalanan Pilihan Raya 2013.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menganjurkan demonstrasi ala “Arab Spring” sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas.

Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.

Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. -TMI

Ulasan GB

Sungguh dasyat tuduhan Najib di atas, sedangkan umum mengetahui selama ini segala desakan untuk kerajaan "membersihkan" sistem pilihanraya lansung tidak dipedulikan. Pelbagai laporan mengenai kerja-kerja SPR berjalan terus tanpa sebarang halangan.

Malah RCI Sabah yang sedang berjalan membuktikan wujudnya seperti yang diakui sendiri oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir, ribuan pendatang asing telah didaftarkan sebagai warganegara dan menjadi pengundi di dalam pilihanraya di negara ini.

Itu baru di Sabah, dan kerajaan terus menyepi apabila ada tuntutan RCI ditubuhkan untuk hal yang sama di seleuruh negara.

Rakyat tidak akan bangkit jika tidak wujud sebarang hal yang mencurigakan di dalam sistem pilihanraya negara ini.

Malah jika kita tinjau, siapakah sebenarnya yang menimbulkan huru-hara selama ini jika bukan UMNO BN sendiri yang sentiasa rasa terdesak untuk mempertahankan kuaanya? Semak laporan polis, siapa baling batu, siapa baling telur, siapa baling besi, siapa turun dan contengkan bendera lawan dan seumpamanya jika bukan UMNO-BN?

Siapa yang bertindak samseng selama ini jika bukan UMNO BN? Pun begitu polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka kerana pihak polis berjaya dijinakkan oleh UMNO BN untuk menyebelahi pihak mereka.

Semasa negeri PR jatuh ke tangan UMNO BN seperti Terengganu di tahun 2008, ada pihak rakyat merusuh dan membuat huru hara sekalipun wujud penipuan yng dilakukan oleh SPR?

Tetapi apabila Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kamulah, Najib orang yang mendalangi rampasan kuasa di Perak.

Begitu juga halnya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, kerajaan dan partilah yang melakukan segala bentuk sabotaj dan tindakan-tindakan untuk menekan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya rakyat menderita di dalam usaha kamu untuk merampas negeri-negeri tersebut dari Pakatan Rakyat!

Isu mengenai bendera Naib diturunkan... ia bukan dilakukan oleh rakyat tetapi dilakukan oleh phak berkuasa tempatan, MPSJ, yang menurut mereka penggantungan bbanner-banner itu tidak mendapat kebenaran PBT, mengapa salahkan rakyat? Apakah kamu Najib mahu rakyat tidak mematuhi undang-undang dengan memberikan contoh yang tidak baik iaitu tidak mematuhi undang-undang?

Hukum keneran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Seandainya penipuan SPR dan sistem pilihanraya terus berlaku, UMNO BN bakal dihumbankan dari Putrajaya. Rakyat akan bangkit. Apa yang berlaku pada Arab Spring yang begitu ditakui UMNO BN, ia adalah riaksi spontan rakyat, ia tidak dirancang dan tidak idalangi sesiapa, tetapi seluruh rakyat bangkit berkehendakkan pembersihan di dalam sistem pilihanraya negara mereka. Begitulah yang akan berlaku jika kerajaan UMNO BN terus memekakkan telinga supaya SPR dan sistem pilihanraya dibersihkan. Bukan Mohd Sabu, bukan Ambiga, bukan Anwar Ibrahim, buka Ust Hadi Awang, bukan Lim Kit Siang, bukan sesiapa pun yang menghasut rakyat untuk bangkit, tetapi seluruh jiwa yang suci dan bersih akan bangkit menuntut setiap yang kotor itu dibersihkan.

Demikian hukum Allah, sunnatullah namanya yang disebut hukum kebenaran dan keadilan, jika kamu tidak mengetahuinya.

SUMBER : KELAB GREENBOC

No comments:

Post a Comment