Friday, February 8, 2013

AMBOI! MALUNYA MACAM ANAK DARA SUNTI : AHLI-AHLI "PAS" YANG PEMALU BERSELUAR JEAN BUAT DEMO DI KUALA TERENGGANU BANTAH DAP/PKR!!!!!!



Sekumpulan 20 orang lelaki yang pemalu mendakwa sebagai "mewakili para penyokong PAS Kuala Terengganu" telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam.

Kumpulan pemalu berseluar jean itu mahu pemimpin tertinggi PAS di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.

Punyalah pemalu para pendemo "ahli" PAS ini.. sampai terpaksa menutup wajah mereka dari dirakam.

Pada lazimnya kalau pejuang, pendokong, penyokong dan ahli PAS yang tulin, mereka tidak malu memaparkan wajah mereka malahan merasa bangga dan megah sekali, tetapi berlainan sedikit pada "demonstrasi" yang ini.

Berpakaian tidak seperti ahli PAS di Pantai Timur.

Perlu ingat.. kalau PAS yang menganjurkan demo bukan yang hadir setakat tak sampai 20 orang.. Paling kokak pun ratusan kalau bukan ribuan.

Kepada UMNO.. ini nasihat ikhlas Omakkau...Jangan ingat rakyat bodoh...Jangan nak hina dan perlekehkan kebijaksanaan rakyat.

YANG KELUARKAN FATWA HARAM UNDI DAP ITU SIAPA EK?

YANG GEMAR GUNAKAN PERKATAAN PAS PARASIT SIAPA EK?

No comments:

Post a Comment