Saturday, January 19, 2013

PRU13: MAHATHIR, NAJIB DAN ROSMAH MULA MENGELABAH.



Hanya tinggal tidak sampai 3 bulan sahaja lagi parlimen akan terbubar dengan sendirinya walau pun Najib cuba mengelakkannya. Inilah pertama dalam sejarah negara penggal parlimen hampir cukup 5 tahun kerana sebelum ini parlimen dibubarkan paling lama pun 4 tahun selepas BN memerintah. Kenapa Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya umum sehinggakan ia menyusahkan parti-parti yang bersama dengan Umno dalam BN.

Adakah kerana Najib/Rosmah belum selesai memindahkan aset-aset mereka keluar dari negara atau beliau cuba untuk mengadakan darurat agar beliau mempunyai masa untuk mempersiapkan dirinya. Antara orang yang paling takut pada PRU13 ini ialah Tun Mahathir, mantan PM ke 4 kerana ia melibatkan kepentingan anak-anaknya yang pasti akan tersepit sekiranya BN kalah pada Pakatan Rakyat. 


Jika mengikut kepada ilmu gerak badan, Mahathir benar-benar rasa tertekan dengan sisa-sisa kuasa yang dimiliki oleh Umno. Beliau yang terkenal dengan sikap suka memuji diri sendiri dan apa yang beliau lakukan adalah betul dan tidak kepada pengganti-pengganti beliau. 

Lihatlah bagaimana beliau dengan berat hati mengaku akan peranannya memerintahkan agar I/C diberi kepada pendatang asing tetapi masih mengaku apa yang beliau lakukan adalah betul sebetulnya dengan alasan-alasan yang tak masuk akal.

Tanpa merasa malu, beliau cuba menegakkan benang yang basah dengan menuduh Tunku lebih teruk kerana memberi lebih sejuta kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa Malaya baru mendapat kemerdekaan dari bapak tiri Umno. Apakah beliau ingat rakyat Malaysia buta atau pun masih boleh diperbodohkan sedangkan apa yang Tunku lakukan adalah mengikut perlembagaan yang digubal oleh bapak tiri Umno agar setiap bangsa yang datang sebelum Malaya diberi kemerdekaan, mestilah diberi kerakyatan dengan syarat mereka wajib taat kepada Raja-Raja Melayu.

Mahathir yang merasakan beliau masih berkuasa walaupun sudah tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri telah mengugut orang Melayu dengan mengatakan yang bangsa Melayu akan pupus jika Umno/BN kalah pada PRU13 nanti jejas menunjukkan betapa bimbangnya beliau akan masa depan bisnes anak-anaknya. Benarkah Melayu akan pupus atau berpecah belah seperti yang beliau laung-laungkan itu kerana yang pasti bangsa Melayu tidak sesekali berpecah belah tetapi Umno sebenarnya yang berpecah belah.

Bangsa Melayu tetap akan kuat selagi mereka menolak parti sekular Umno dengan menyokong PAS yang sudah terbukti berjaya mengangkat martabat bangsa Melayu pada tempatnya iaitu berpaksikan kepada Islam. PAS dan PR tidak takut untuk menerima kekalahan kerana PAS sudah berpengalaman lebih dari 55 tahun berjuang. PAS tetap berdiri teguh walau pun saban pilihan raya mereka kalah kerana pendokong Islam tahu bahawa akan tiba masanya Islam akan mencapai kemenangan yang gemilang dan terbilang apabila Allah s.w.t. mengizinkannya.


Hanya Umno dan Mahathir sahaja yang takut menghadapi kekalahan kerana mereka sudah lama merasa betapa empuknya kerusi di Putrajaya. Kita sedia maklum hanya orang yang bersalah sahaja yang takut menghadapi kekalahan kerana mereka tahu geriji Penjara Sungai Buluh sedang menunggu mereka dengan penuh sabar untuk menyambut para pemimpin agung Umno dan yang sewaktu dengannya. 

Pakatan Rakyat bukannya sezalim Mahathir atau pun Umno/BN, mereka pasti akan diadili dengan adil tanpa ada campur tangan dari mana-mana pemimpin PR yang akan memimpin negara nanti. Tidak mustahil parti Umno akan terpapar di muzium untuk tatapan generasi akan datang menambahkan ilmu yang parti keris ini pernah memerintah negara dengan penuh kezaliman sehingga sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi untuk terus berkuasa. 

Maka marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat parti Umno yang telah dikuburkan oleh rakyat Malaysia pada PRU13. Semoga segala kejahatan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa semasa pemimpin mereka memerintah negara diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah s.w.t..... Aminnnnnn.

No comments:

Post a Comment