Friday, January 25, 2013

JATUHKAN UMNO RAKYAT SELAMAT- BANYAK KHAZANAH NEGARA DAPAT DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT



Bila lemah banyak salah laku Umno terdedah

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.

 AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.

 Katanya, sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.


 Tambahnya, terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran RM700,000.

 “Semuanya diambil atas nama ‘Hidup Melayu’ akhirnya Melayu merempat di negara sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

 Beliau berkata, apabila Umno lemah, terbongkar RM40 juta kepada Umno Sabah oleh tauke balak Michael Chia untuk wang sumbangan politik.

Katanya lagi, rahsia kekayaan misteri anak Tan Sri Nazri Aziz yang masih muda memakai kereta Hummer yang bernilai RM459,000 atas nama Michael Chia juga terdedah  Rakyat juga, ujarnya dapat mengetahui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat projek NFC sebanyak RM250 juta.

Selain itu, katanya rahsia hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta dihapus kira juga terbongkar.

Terdedah juga, katanya Raja Farhana Raja Nong Chik mendapat projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor bernilai RM30.8 juta.

Selain itu, katanya rakyat dapat maklumat Ikhwan anak Datuk Jamaludin Jarjis memperolehi projek radar di Lapangan Terbang Subang sebanyak RM128.4 juta.

“Harga kamera laser Digicam (kamera polis) berharga RM173,385 seunit terbongkar, sedangkan harga sebenar RM15,000 hingga RM19,000 sahaja.

 “AES ditangguhkan kerana Umno lemah dan Pakatan Rakyat kuat,” ujarnya lagi.

 Beliau berkata, apabila Umno lemah terdedah bagaimana projek IC biru di Sabah yang berlaku di zaman Tun Mahathir.

Katanya lagi, apabila Umno lemah banyak kelemahan SPR yang terbukti menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh Umno BN.

 Rakyat, ujarnya boleh ketahui bagaimana pemimpin Umno Kedah menggunakan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) untuk penginapan di Perhimpunan Agung Umno.

“Patutlah Umno takut sangat hilang kuasa, bimbang banyak lagi senarai salah laku mereka akan terdedah.

 “Cuba bayangkan jika kerajaan pusat tumbang kepada Pakatan Rakyat maka banyak lagi misteri yang tersembunyi akan terdedah,” katanya.

 Itulah sebabnya, kata beliau Tun Mahathir siang malam mempertahankan Umno BN supaya jangan tumbang.

No comments:

Post a Comment