Lihatlah
dan kaji gambar-gambar ini dengan fikiran yang matang. Haram dan berdosa besar
hukumnya mengundi UMNO, berbanding dengan PAS. Maka di sini benarlah apa yang
terkandung dalam ‘Amanat Haji Hadi’ yang diputarkan semula selepas 31 tahun dan baca juga rencana di bawah :
UMNO sudah menerima hakikat bahawa mereka gagal
mendapat sokongan orang Cina dan India. Satu-satunya harapan mereka ialah orang
Melayu. Sehubungan itu, sokongan kaum tersebut menjadi fokus utama UMNO pada masa ini untuk meneruskan kuasa yang
mereka miliki. Maka, dalam keterdesakan itu, mereka mengambil pendekatan yang
salah, iaitu menakut-nakutkan orang Melayu.
Tindakan UMNO melacurkan
Abdullah bin Sa’amah seorang guru pondok
konon-kononnya beliau adalah pengasas pondok Geting, Tumpat, Kelantan untuk menarik sokongan Melayu sebenarnya beliau dirasuahkan
(dibayar) RM2.0
juta semata-mata mengeluarkan fatwa
(membelakangkan Majlis Fatwa Kebangsaan) bahawa haram mengundi DAP. Langkah
tidak bijak ini dengan sendirinya memperlihatkan kedunguan UMNO sehingga mereka sanggup meremehkan kerja
Majlis Fatwa Kebangsaan. Anehnya, majlis itu tidak bersuara pun apabila
terang-terangan diperkotak-katikkan oleh UMNO itu dan seolah-olah menerima fatwa yang
dikeluarkan oleh guru pondok itu. Malang sungguh nasib Malaysia ketika ini.
Akan berjayakah tindakan
UMNO itu? Jika kita melihat kemerosotan edaran akhbar Utusan Malaysia sekarang,
Utusan sudah tidak laku lagi, orang ramai merasa ‘malu, meluat, benci’ untuk membeli dan
mengepit Utusan bawa ke sana ke mari macam di era kemashorannya dulu. Kini,
Utusan terpaksa diedar
secara percuma bagi mengelak ia tutup kedai. Utusan merupakan komponen UMNO
itu hanya syok sendiri. Orang UMNO yang dikatakan berjumlah 3 juta orang pun
tidak membeli akhbar itu. Senang cerita, mereka sedang melakukan kerja yang
sia-sia.
Jika kita melihat
kembali kenyataan Najib, dia kata media alternatif amat berperanan menarik
sokongan pengundi pada masa ini. Kenyataannya blog proUMNO tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan. Mereka ketinggalan dalam bidang ini. Jika kita
mengambil kenyataan Khairy sebagai penanda aras, kedudukan UMNO semakin
parah. Dia menuduh media alternatif membuang komen pengunjung yang proBN bagi
menggambarkan media itu mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat. Sour grape tidak
memberi erti apa-apa kepada UMNO.
Para penyelidik turut
menyenakperutkan UMNO. Pengundi muda yang berusia 40 tahun ke bawah akan
menjadi penentu pihak yang memenangi PRU Ke-13 nanti. Golongan ini dilihat
mengarahkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sokongan mereka
kepada BERSIH
3.0, Himpunan Oren, Himpunan Hijau ke Putrajaya, gerakan antiLynas, dan
lain-lain. Semuanya dipenuhi anak-anak muda. UMNO terpaksa berbelanja besar
untuk menarik sokongan palsu terhadap Ulangtahun
Ke-60? UMNO, Himpunan
Sejuta Belia, dan 1M4U. Budak-budak sekolah yang tak boleh mengundi pun
turut diseret untuk memenuhi ruang, namun tetap juga kosong.
Kini UMNO berada dalam keadaan kritikal. Jajaan mereka
tentang DAP menentang hudud yang dibawa PAS ternyata kecundang. Ini kerana
pendirian Pakatan ialah tidak melaksanakan huduh kerana bertentangan dengan
perlembagaan. Isu Karpal menentang hudud dan negara Islam sudah terbatal
apabila komponen Pakatan mengambil pendirian tidak menyokong tetapi menghormati
pendirian masing-masing. Dengan itu, dasar Islam dalam Perlembagaan PAS tidak
terusik. Demi kepentingan semua umat, Pakatan menerima prinsip Negara
Berkebajikan. Rakyat dapat melihat pelaksanaan prinsip ini di Kedah, Kelantan,
Pulau Pinang, dan Selangor. Cubaan berkali-kali UMNO untuk menconteng arang ke
muka Pakatan atas isu ini semuanya kecundang.
Tiada apa-apa yang
tinggal lagi untuk UMNO . Rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selesa
untuk menukar kerajaan. Mereka bersedia untuk membentuk Malaysia Baru yang
memperjuangkan keadilan untuk semua. Mereka tahu bahawa Utusan sebenarnya menuding
jari kepada UMNO dalam isu haram memberi sokongan ini. Najib (termasuk di
dalamnya semua ahli UMNO termasuk MCA rakan baiknya) tidak sokong hudud. Oleh
sebab itu, haram mengundi UMNO. MCA
ialah parti antihudud nombor wahid. Oleh sebab itu, haram undi MCA.
Parti-parti komponen BN yang lain tidak sokong hudud. Maka secara menyeluruh,
mengundi UMNO dan BN itu haram hukumnya.
No comments:
Post a Comment