Thursday, January 3, 2013

BODOHNYA KUMPULAN NI! TUNTUTAN ROYALTI UNTUK NEGERI DAN RAKYAT KELANTAN, BUKAN UNTUK MASUK POKET PARA PEMIMPIN PAS KELANTAN-SAYANG PARA PEMIMPIN UMNO SONGLAP BERJUTA SENYAP



Selepas menyampaikan kuliah di medan ilmu tadi, YAB Tuan Guru menyaksikan kereta Presiden R (Royalti), Nazri

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa menyaksikan sendiri bagaimana kereta Presiden 'R", Nazri Deraman yang disimbah cat merah pagi ini.


Beliau ke rumah Nazri di Nilam Puri sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah di medan ilmu pagi tadi.

Kereta Nazri yang dipecahkan dan disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali semalam akan mengepalai perarakan 50 buah kereta menuntut royalti minyak ke Jeli pagi ini.

Menurut saksi, kereta Kancil berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi semalam dilihat bergegas meninggalkan rumah Nazri Deraman.

Adik Nazri, Fikri, 23 bersama seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini.

Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards).

Bahagian belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta.

Sebuah lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua basikal anaknya.

Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir.-Harakahdaily

Kereta Presiden NGO R Disimbah Cat Merah

Kota Bharu - Dua kereta milik Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R), Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah dalam kejadian di Nilam Puri pagi tadi.

Akibat kejadian itu, Nazri menanggung kerugian lebih RM 3,000.

Nazri mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan pihak yang iri hati terhadap perjuangan beliau yang menuntut bayaran royalti minyak ke atas rakyat Kelantan daripada Kerajaan Pusat.

Ekoran kejadian itu, beliau akan membuat laporan polis.

-SH
Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat.

KUALA LUMPUR: Kejadian ugutan ke atas Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Gas dan Minyak Kelantan atau dikenali dengan R yang terus berlaku amat membimbangkan dan mengancam hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.

00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R.

“Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu.

Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang.

“Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara.

“Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil,” katanya.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat.

“Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia,” ujarnya lagi.

Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya
-HD

No comments:

Post a Comment