Friday, January 18, 2013

ADALAH MENJADI KEWAJIBAN SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMBUANG NAJIB DAN UMNO DARI TERUS BERKUASA KERANA BANYAK KECELAKAAN YANG DIBUAT TERHADAP RAKYAT DAN NEGARA INI



Beranikah Najib buktikan Deepak tak kredible?

Oleh : Dr.Dzulkefli Ahmad, Harakahdaily.net

1.Akhirnya PM Najib memecah kesunyiannya tentang satu isu yang buat beberapa minggu ini telah menjadi kebingungan rakyat. Akhbar BN media-arusperdana menggelapkan samasekali isu ini. Hanya sebuah majalah kewangan berwibawa ‘The Edge’ (31 Dis 2012) ada membuat sedikit liputan dalam bentuk komentar ringkas. Itu pun bersabit urus-tadbir kontroversi yang sangat diralatkan olih plebagai pihak ‘analysts’ dalam bidang kewangan korporat. Ketelusan dan pertanggungjawaban korporat nyata di langgar dalam urusniaga ini.

2. Najib semalam tiba-tiba memecah ‘gag-order’ atau ‘tutup mulut’nya sendiri dengan secara tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dakwaan Deepak tidak kredibiliti. Reaksi seperti itu biasa bagi orang yang didakwa. Apa kata kalau Deepak suruh Najib buktikan bahawa dirinya kredible? Parah! Najib silap menjawab tuduhan Deepak sebegini.
3. Setelah banyak kali penafian yang dibuat dek PM ini dalam pelbagai isu termasuk paling mutakhir dalam kes pemberian kontrak LRT Ampang dan George Kent, maka untuk kesekian kalinya dan sebesar isu ini, penafian beliau ditanggapi umum sebagai agak tidak mencukupi dan agak kelewatan..’too little too late’.. untuk merelaikan kegusaran dan memuaskan umum.

3. Setelah seorang yang bernama Deepak Jaikishin, peniaga permaidani yang kini membuat pelbagai dakwaan serta tuduhan salah laku terhadap diri, isteri dan adiknya, maka bersediakah PM Najib, yang kini menuduh Deepak tidak kredible, untuk membuat beberapa penafian secara terbuka seperti berikut:
A. Beranikah Najib membuat penafian bahawa beliau tidak kenal atau tidak tahu menahu tentang Deepak?

B. Beranikah Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan membuat penafian tidak tahu menahu tentang urus-niaga antara Deepak dan Raja Roopiah tentang pembinaan Puspahanas, yang berakhir dengan Deepak ditipu oleh Ketua Wanita Umno Selangor itu yang menjual tanah yang sama yang dijual ke Deepak kepada pihak ketiga?


C. Bersediakah Najib membuat pengakuan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan arahan LTAT melalui anak syarikatnya Boustead Holding Berhad, Bakti Wira, membeli 80% saham Asta Canggih?

D. Mampukah Najib manafikan bahawa beliau tidak ada pengetahuan tentang bayaran yang dibuat adiknya, Nazim Razak kepada PI Balasubramaiam bagi mendapatkan beliau untuk megeluarkan Akuan Bersumpah 2, SD2, yang menyatakan beliau dipaksa untuk membuat SD1 yang mensabitkan keterlibatan Najib dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia?

E. Dapatkah Najib mengesahkan bahawa segala kerjasama Deepak adalah urusan dengan isterinya dan bukan dengan beliau secara langsung? Dengan kata lain dapat Najib menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa menafaat dari usaha Deepak?

F. Akhir sekali beranikah Najib menyaman Deepak atas segala tuduhannya yang sangat menjatuhkan maruah dan kredibiliti-integriti dirinya, isterinya dan adiknya?

Buat ingatan umum secara ringkas diturun kesimpulan episode yang menekan Deepak utuk membuat expose’ yang mungkin sahaja boleh merobek akan apa jua kepercayaan yang masih berbaki.

4.Tuduhan adalah bersabitan hal untuk mendapat seorang penyiasat persendirian (personal investigator - PI) P Balasubramaniam untuk menukar akuan bersumpah pertamanya (Statutory Declaration – SD) bahawa PM dan isterinya terlibat dalam pembunuhan seorang wanita mongolia Altantuya Shaaribu.

5. Bagi melaksanakan langkah tersebut Deepak mendakwa bahawa beliau telah berperanan untuk mendapat Balasubramaniam menukar SD1 ke SD2 yang menarik balik segala pertuduhan tentang keterlibatan PM dan isterinya. Bagi melaksanakan itu Deepak mendakwa bahawa adik PM Najib Razak, Nazim Razak telah membayar PI Bala itu sejumlah wang.

5. Deepak telah melancarkan serangan ke atas PM dan isterinya, apabila beliau tidak dibantu olih isteri PM setelah ditipu dalam satu urusan perniagaan beliau dengan seorang wanita Dato Raja Roopiah, yang juga Ketua Wanita Umno Selangor bersabitan projek pembinaan Pusat Penyelidikan Pertahanan Nasional (Puspahanas).


6. Bagi tujuan pembinaan Puspahanas, yang berharga RM100 juta, LTAT telah menganugerahkan syarikat Raja Roopiah, Awan Megah Sdn Bhd melalui kaedah ‘runding langsung’. LTAT akan membayar Awan Megah RM27 juta tunai dan selebih kos pembinaan akan dibayar denga cara memberikan Awan Megah sekeping tanah 223 ekar di Kota Raja yang bernilai RM 72.5 juta.

7. Apabila Raja Roopiah gagal menerbitkan bon untuk membiayai pembinaan projek tersebut,  Deepak telah diminta untuk membantu. Deepak telah membayar deposit RM13 juta kepada Raja Roopiah untuk menerbitkan bon tersebut (RM72.5 juta). Deepak akan membayar RM27 juta tunai kepada Raja Roopiah sebagai sebahagian bayaran untuk tanah 200 ekar dan selebihnya melalui bon yang diterbitkan.    

8. Bagi cubaan untuk menutup mulut Deepak, Boustead Holding, sebuah badan pelaburan LTAT, telah mengarah anak syarikatnya, Bakti Wira, membayar Deepak RM30 juta sekaligus membeli 80% saham syarikat Deepak AstaCanggih Sdn Bhd. LTAT, anehnya pula membayar RM130 juta untuk mendapat 200 ekar tanahnya kembali yang diberikan kepada Awan Megah. 23 ekar selebihnya adalah kini kepunyaan Awan Megah. Menghairankan umum adalah mengapa LTAT perlu membayar RM130 juta untuk tanahnya sendiri (200 ekar) yang dijual pada harga hanya RM72.5 juta dan kini pulak berkurangan 23 ekar.

Tegasnya pelbagai pihak melihat tadbir-urus projek ini melanggari pelbagai amalan baik atau ‘best practice’.

Mengapa tanah kementerian Pertahanan diberikan kepada pihak yang tidak punya pegalaman secara runding langsung, termasuk tidak punya kekuatan kewangan dan pada akhirnya rugi dalam pembelian kembali tanah milik mereka sendiri asalnya dengan perbezaaan harga sebanyak RM57.5 juta?

Sementara Najib spontan menghukum Deepak tidak kredible, sebenarnya umum cenderung untuk memikirkan sebaliknya.

Bagaimana Najib mahu meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa beliau telah berubah dan atas dasar itu layak diberi peluang sekali lagi kalau pelbagai dakwaan Deepak gagal ditangkis secara tuntas dan muktamad?

No comments:

Post a Comment