Thursday, December 6, 2012

UMNO CUBA MENGHIDUPKAN BALIK PEMUDA TAHAN LASAKNYA ERA 60AN BAGI MENGHALANG PAKATAN RAKYAT DARI MENGAMBILALIH KUASA DARI UMNO/BN



Imbas balik: Tragedi ganas pemuda tahan lasak

 “PAKCIK tumpang kawan orang kuat Umno, Nik Taib ketika keluar mengundi pada pilihan raya umum 1964. Orang kampung yang sokong PAS takut hendak datang mengundi.

“Ketika itu tempat mengundi di Gual Periuk, lebih 10 km dari sini. Jalan masih berselut. Orang PAS yang keluar mengundi akan disekat pemuda tahan lasak.

“Ada yang ditampar dan dirampas kad pengenalan. Ada juga rakan pakcik terpaksa keluar dengan meredah hutan takut bertemu pemuda tahan lasak,” ujar Ismail Awang, 87 yang masih mengingati kezaliman pemuda tahan lasak.

Siapa pemuda tahan lasak. Kumpulan pemuda itu diupah Umno untuk menakut-nakutkan penyokong PAS. Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pernah menerbit buku khas mengenai tragedi pemuda tahan lasak.

Sekitar tahun 1960-an pemuda tahan lasak terkenal di Kelantan, lebih-lebih lagi di Rantau Panjang, kedudukannya bersempadan dengan negara jiran, Thailand.

Aksi terkenal yang terpahat dalam sejarah apabila pemuda tahan lasak membakar gertak (jambatan) di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang bagi menghalang orang PAS keluar mengundi.

Mereka bersenjatakan kapak ’jangot’ dan buku lima bagi memukul penyokong PAS.

Ismail melihat sendiri jambatan itu dibakar pemuda terbabit dengan aksi ganas. Mungkinkah adegan itu serupa dengan nasib dialami peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dan 28 April lalu apabila dikasari anggota polis. Deretan peristewa menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan menyekat, mengepong, mengancam, mengugut, memaki-hamun, baling batu, memukul dan sebagainya terutama apa yang belaku ke DS Anwar Ibrahim dengan program menjelah Memerdekakan Rakyat dengan bas dikenakan macam-macam hinaan, cercaan, samseng dan keganasan bagi menghentikan kemaraan Anwar bagi meranapkan impian UMNO untuk terus berkuasa yang terbaru keganasan yang berlaku di Gombak Utara mengambarkan bahawa UMNO cuba menghidupkan semula Pemuda Tahan Lasaknya di era 60an bagi melawan arus kebangkitan rakyat mengusirkan UMNO dari tampok kuasa.

Pada tahun 1960-an, kekasaran, ugutan dan deraan diguna bagi menghalang kebangkitan PAS, yang memperjuangkan Islam dan keadilan.

Sekarang selepas 50 tahun fenomena itu seperti berulang kembali apabila pemerintah menggunakan kekerasan bagi menghalang kebangkitan rakyat menuntut keadilan.

Cuma berbeza ketika itu dikenali sebagai pemuda tahan lasak, namun aksi sekarang dilakukan mereka berpakaian seragam, di mana setiap bulan menerima gaji daripada wang rakyat.

Ismail merupakan orang pertama meneroka Kampung Kuing Merah pada 1945. Beliau antara generasi awal yang masih tinggal sekarang. Ingatannya masih kuat.

Beliau datang bersama 70 rakan daripada Kampung Repek, Pasir Mas meneroka penempatan tersebut dengan harapan dapat merubah taraf hidup.

”Ketika pakcik datang gajah dan binatang buas lain masih banyak di sini. Kami datang menggunakan perahu melalui Sungai Kuing Merah.

”Di Kampung Kubang Kual pada masa itu pakcik ingat ada tiga penduduk iaitu Pakcu Hassan, Tok Limah Wa dan Dollah,” katanya di sini.

Demam ketar

Sebahgian besar tidak tahan akibat serangan penyakit demam ketar (malaria) dan bermacam lagi masalah. Kedudukannya jauh di hulu Pasir Mas.

Hanya setahun sebelum merdeka penempatan itu berlaku perubahan apabila orang semakin ramai menetap di perkampungan tersebut.

Ismail berkata, beliau bernasib baik dapat keluar mengundi pada pilihan raya umum 1964 tanpa gangguan pemuda tahan lasak kerana berkawan dengan Nik Taib.

”Nik Taib juga orang kuat Umno, dia juga disegani menyebabkan pemuda tahan lasak tidak mengganggu pakcik.

”Namun orang lain pakcik tengok ramai kena tampar apabila terserempak dengan mereka,” ujarnya. Beliau kelihatan masih gagah dan mampu menunggang motosikal membonceng isterinya.

Ditanya apakah mereka yang dikhianati pemuda tahan lasak tidak membuat laporan polis, ujarnya ketika itu anggota polis tidak mampu berbuat apa-apa.

Kata beliau pemuda tahan lasak yang dipelopori Umno tidak pernah takut kepada sesiapa.

Akibat pengkhianatan tersebut menyebabkan anggota tentera yang berkawal di tempat mengundi diarah menghantar pulang penduduk Kubang Kual selepas membuang undi.

Gertak kayu dibakar

Menceritakan detik jambatan kayu di Kampung Kubang Kual dibakar, beliau tidak mampu berbuat apa-apa hanya menengok apa yang berlaku. Mata dan anggota badannya menjadi saksi.

”Gertak itu dibakar selepas penyokong Umno sudah keluar mengundi. Mereka bakar dengan harapan orang PAS tidak dapat datang,” ujarnya.

Beliau tetap menyokong PAS biar pun berdepan dengan pelbagai ugutan pemuda tahan lasak ketika itu. Pendiriannya demi perjuangan Islam.

Ariffin Mahmood, 65 dari Kampung Terosan juga masih mengingati kejadian gertak dibakar pemuda tahan lasak pada pilihan raya umum 1964.

Beliau mendakwa pemuda tahan lasak masuk kampung merampas kad pengenalan mana-mana penduduk yang didapati menyokong PAS.

Katanya, pemuda tahan lasak juga menyekat penduduk yang disyaki menyokong PAS ketika keluar mengundi.

”Ramai ditampar dan dipukul kerana menyokong PAS. Orang PAS langsung tidak boleh bergerak bebas ketika itu.

”Pemuda tahan lasak bertindak melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa Umno. Mereka tidak mahu ada penduduk yang sokong PAS,” katanya.

Beliau juga mengakui pernah bergiat aktif bersama Pemuda Umno pada 1960-an, namun tidak terbabit dengan kumpulan pemuda tahan lasak.

Kata beliau pemuda tahan lasak hanya dianggotai samseng yang tinggal di sekitar Rantau Panjang termasuk dari Kampung Bukit Tandak dan Kubang Rambutan.

Pada 1990 Ariffin membantu Nik Mustapa Nik Loding menggerakkan Semangat 46 di Rantau Panjang.

Bagaimanapun selepas Nik Mustapa yang juga bekas Adun Gual Periuk menyertai Umno, beliau pula bersama PAS.

Kubu Umno

Kampung Kubang Kual dan Kuing Merah merupakan kubu kuat Umno sejak berzaman. Ketika era pemuda tahan lasak kawasan itu diwakili Tan Sri Hussien Ahmad.

Hussien pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar ketika menang di Dun Gual Periuk pada 1978, selepas kerajaan PAS tewas dan tinggal dua kerusi Dun di Kelantan.

Selepas itu Dun berkenaan diwakili Abdul Rahman Che Wook juga daripada BN. PAS hanya dapat menembusi kubu tersebut pada 1990 selepas bergabung bersama Semangat 46.

Pada pilihan raya 1999 Ustaz Abdullah Abdul Razak mewakili PAS pertama kali menang di Dun Gual Periuk.

Namun pada pilihan raya 2004 sekali lagi Umno menang melalui Dato’ Shaari Mat Hussin. Dan pada pilihan raya umum lalu PAS menguasai semula Dun terbabit.

Seorang lagi penduduk, Nordin Abdul Rahman, 54 dari Kampung Kubang Kual berkata, peristiwa pemuda tahan lasak membakar gertak begitu sinonim dengan kampung tersebut.

Katanya, gertak tersebut dibakar dengan harapan dapat memenangkan Umno pada pilihan raya umum 1964.

Penduduk kampung itu tiba-tiba terkenang kejadian 1964, apabila melihat peserta Bersih 2.0 dibelasah teruk 9 Julai 2011, 28 April llau, serangan demi serangan yang dilancarkan oleh samseng-samseng upahan UMNO terhadap program Jelajah Anwar dan terbaru di Gombak Utara lalu serta menganggu setiap program PR. Mereka takut peristiwa lama berulang kembali.

No comments:

Post a Comment