Lim Kit Siang
Saya
benar-benar tidak pasti sama ada untuk ketawa atau menangis – tahap bahasa Inggeris
di Malaysia telah benar-benar jatuh ke paras yang teruk dan memalukan selepas
empat dekad pemerintahan Umno BN.
Minggu
lalu, Malaysia diaibkan pada peringkat nasional dan antarabangsa apabila
laporan Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011
dikeluarkan, kerana kedudukan negara pada gred kelapan Matematik jatuh daripada
tempat ke-20 pada 2007 kepada tempat ke-26 pada 2011 sementara kedudukannya di
dalam Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, daripada tempat ke-21 pada 2007
ke tempat ke-32 pada 2011. Mata purata Matematik negara kita jatuh daripada 474
pada 2007 kepada 440 dan mata purata Sains negara kita jatuh pada tahap lebih
teruk daripada 471 pada 2007 ke 426 pada 2011, kedua-duanya jauh lebih rendah
daripada purata antarabangsa untuk kedua-dua subjek di dalam TIMSS 2011.
Apa
yang lebih teruk, Malaysia juga diaibkan kerana menjadi satu-satunya negara
daripada 6 negara daripada 42 negara terlibat di dalam kajian Matematik dan 45
negara terlibat di dalam kajian Sains untuk melihat kejatuhan pada mata
Matematik dan Sains juga kedudukan! Kebanyakkan negara lain sama ada mata
dan kedudukan mereka bertambah baik atau kekal pada tahap sebelumnya.
Akan
tetapi pencapaian teruk pelajar kita di dalam matematik dan sains apabila
dibandingkan dengan pencapaian pelajar antarabangsa bukanlah satu-satunya
kerosakan sistem pendidikan Malaysia.
Satu
lagi bidang yang sama kritikal yang mana sistem pendidikan Malaysia telah gagal
dengan teruk adalah subjek Bahasa Inggeris, yang telah digambarkan dalam tempoh
24 jam lalu membuatkan saya tidak pasti untuk ketawa atau menangis.
Semalam
saya telah mengeluarkan kenyataan yang mana saya mengatakan: “Saya berhasrat
memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak
serta pemimpin UMNO/BN yang lain kerana telah dipilih meyertai Jawatankuasa
Tertinggi Pusat (JTP) DAP pada Kongres DAP ke-16 – dan dengan undi tertinggi.”
Saya
benar-benar tercengang apabila ada pemimpin dan penyokong UMNO/BN membacanya
secara literal dengan maksud saya benar-benar menyedari “salah laku” saya dan
saya telah mengakui Najib betul.
Adalah
sangat tidak masuk akal bahawa pemahaman Bahasa Inggeris yang sebegitu lucu
boleh terjadi di Malaysia 40 tahun lalu!
Baru-baru
ini, kita melihat seorang Menteri Besar yang pemahaman Bahasa Inggerisnya
begitu teruk sehingga beliau dapat “mencipta” kiasan dalam Bahasa Inggeris
hanya yang beliau sahaja faham – apabila beliau mengatakan tentang “mengerat
telinga beliau” dan “terjun ke dalam sungai” di Pahang sekiranya MCA tewas
kepada DAP di Bentong dalam pilihan raya umum ke-13.
Setiap
orang yang mencari di internet cuma dapat menemui kiasan seperti "cutting
the nose to spite the face" dan "jumping into the lake"
bukannya "cutting my ears" atau "jumping into the
river"!
Sudah
tentu, rakyat Malaysia tidak dapat lupa tentang seorang lagi Menteri Besar yang
mendakwa dirinya tidak tahu berbahasa Inggeris sebagai justifikasi membawa
tunai RM1 juta ke Australia!
Malaysia
adalah negara dengan pelbagai krisis di dalam tadbir urus dan pembinaan bangsa,
termasuklah pelbagai krisis di dalam pendidikan.
Marilah
kita lebih serius berkenaan pendidikan, tadbir urus yang baik dan pembinaan
bangsa serta berhenti membuatkan diri kita bahan jenaka antarabangsa.
Sumber
: Harakahdaily
No comments:
Post a Comment