Kalaulah perkara
yang sama dilakukan oleh para pemimpin PR tidak kiralah sama ada PAS ke, PKR ke
atau DAP ke, tambah-tambah lagi pihak polis menerima laporan seluruh Negara dari
Perlis sampai ke Sabah-berani bersumpah DEMI ALLAH pihak polis akan cepat-cepat
bertindak macam kes Mat Sabu, macam kes BERSIH 2.0 dan rasa nak tergelak sikit bila
polis sendiri akan membuat laporan untuk menyiasat, melokap (reman) dan
mendakwa sesiapa saja dari kalangan pemimpin atau pendokong PR yang mengugat
kuasa UMNO.
Lihatlah
berapa banyak laporan dibuat sudah dibuat terhadap keganasan dan samseng pendokong
UMNO lakukan terhadap para pemimpin PR, satu pun tidak diambil tindakan oleh pihak
polis, malah ia seolah-olah menyokong keganasan dan kesamsengan pendokong UMNO
terhadap PR.
Sungguh memalukan pasukan polis kita ketika menjalankan tugas cukup tidak professional.Seolah-olah
pasukan polis kita ini anggota BN ke-15 nampaknya, di samping SPR dan JPN.
Pendedahan Musa Hassan menjadi buktinya bahawa pasukan polis kita adalah kuda
tunggangan UMNO.
Laporan Polis Besar-besaran Terhadap
Ketua Wanita Umno Malaysia
Dewan Pemuda PAS Malaysia telah
mengarahkan satu laporan polis secara besar-besaran terhadap Ketua Wanita Umno
Malaysia iaitu Datuk Seri Sharizat Jalil berkaitan dengan satu kenyataan di
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada
28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan di
media-media cetak dan elektronik dalam negara.
DPPM mendapati bahawa beliau telah membuat kenyataan yang berniat jahat dengan mengaitkan bahawa jika kekalahan berpihak kepada Umno maka akan mengundang kembali peristiwa 13 Mei 1969 sehingga menyebabkan kestabilan politik negara akan terancam.
Kenyataan yang menggambarkan betapa Umno seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan jika kalah dalam PRU ini akan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini.
Justeru DPPM telah mengarahkan agar Dewan Pemuda PAS di peringkat negeri untuk membuat laporan polis di negeri masing-masing pada 3 Disember 2012 pada pukul 10 pagi.
Sehingga kini Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Trengganu, Sabah dan Sarawak telah mengesahkan akan akan melaksanakan laporan polis ini serta akan dituruti oleh Pulau Pinang dan Johor pada hari Selasa. Pemuda Pas Johor turut akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri.
Selangor - Petaling Jaya Selatan
Perak - Ipoh
Wilayah Persekutuan - Dang Wangi
Terengganu - Kuala Terengganu
Sabah - Kota Kinabalu
Sarawak - Kuching
Pulau Pinang - Seberang Prai Tengah
Johor - Semberong
Pahang - Temerloh
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Twitter : khairulfaizi73

Tak apa buat sahaja laporan... sekurang-kurangnya ada rekod di balai polis. Esok jika Pakatan Rakyat memerintah, insyaAllah... kalau polis tak menyiasat kita ada bukti bahawa mereka tidak menjalankan tugas. Jadi dalam bahasa mudah, "tak dapat tanduk telinga dipulas".
ReplyDeleteKalau si lembu tak kena, si harimau akan kena sebab tak menjalankan tugas... ada alasan untuk diadakan Siasatan DiRaja tentang intigriti PDRM dalam menjalankan tugas.
Jadilah si kelicap yang membawa air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim AS, jangan jadi si cicak yang memperkecilkan jihad si kelicap.
ReplyDeleteEh wa betul le cakap kau orang. Kita lapor dulu, bila kita menang nanti insya Allah, kita siasat menteri mana pula mengarah KPN tidak menyiasat dan tidak mengambil tindakan terhadap setan-setan UMNO selama ini, walau pun mereka jahat lebih dari syaitan lanaktullah.
ReplyDelete