Oleh : Maria Begum, Malaysia Chronicle
Apabila
Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal gagal mengemudi
parti Umno ke arah pembaharuan, ini akan menguatkan persepsi rakyat bahawa perubahan
dalam pucuk pimpinan perlu dan mereka mungkin bakal memberi peluang kepada
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan
datang.
Semasa
ceramah perdananya kepada delegasi Umno dalam perhimpuanan agung yang ke-66, Najib
telah bermati-matian mencerca Anwar, mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang
lebih baik dari segi ekonomi sambil memfitah lawannya dengan pembohongan bahawa
Malaysia akan kehilangan kedaulatan kepada ‘kuasa asing’.
“Dengan
begitu banyak penekanan untuk memusnahkan Anwar, Najib sebenarnya telah
mengakui kekuatan Pembangkang. Kegagalannya memberi halatuju baru pada Umno
sebenarnya menunjukkan dia sendiri sebenarnya tidak pasti. Dia tidak perasan
akan cakap-cakap yang telah lapuk dan retorik yang sering berulang. Dia tidak
faham kenapa rakyat marah pada Umno-BN. Dan inilah realiti menyedihkan Umno.
Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah berakar umbi dalam Umno sehinggakan
mereka tidak sedar bahawa ini adalah salah dan mereka perlu berubah. Mereka
fikir merekalah betul dan seluruh Negaralah yang perlu berubah,” beritahu Ahli
Parlimen PAS Shah Alam kepada Malaysia Chronicle.
Ini
merupakan masa yang kritikal bagi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Najib
pandai berkata bahawa rakyat sedang memerhati dan mereka tidak akan terpedaya.
Kita telah minta dia untuk berdebat dengan Anwar namun dia tidak berani. Dia
tiada isu lain selain untuk dicakapkan selain ketuanan Melayu apabila dirinya
dan Umno berada dalam keadaan tertekan. Tiada idea konkrit dan pelan tindakan
untuk ekonomi, pendidikan, hubungan antara kaum dan juga agama selain
menyalahkan Anwar. Jadi, kenapa rakyat Malaysia perlu memberi mereka peluang?
Jika Umno tidak berubah, MCA, MIC dan yang lain juga akan sama sahaja,”MP PKR
Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Apa
yang paling mengejutkan rakyat Malaysia adalah ketiadaan visi dalam ceramah
Presiden Umno yang diberi Najib tentang bagaimana dia mahu membina Negara dalam
suku kedua abad pertama Negara kemerdekaan Negara- selain jolokan Negara berpendapatan
tinggi. ketiadaan tiga isu utamadalam ceramah presidennya membuktikan bahawa
Malaysia sememangnya memerlukan perubahan politik pada pilihanraya umum ke-13
supaya Malaysia boleh bergerak ke hadapan dalam usaha pembangunan Negara,” kata
MP DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam sebuah kenyataan.
Tiga
isu utama yang tidak disentuh Najib adalah: (1) mengumumkan toleransi sifar
kepada rauah dan komitmen penuh untuk memerangi rasuah dan menaikkan integriti
dalam Umno dan Negara; (2) membuktikan keikhlasan Najib dalam konsep 1Malaysia
dengan mengumumkan Ketuanan Malaysia dan bukan Ketuanan Melayu menjadi objektif
sebenar UMNO; (3) mendemonstrasikan kreditasi penuh demokrasi dan setia kepada
objektif yang telah disytiharkan olehnya untuk menjadikan Malaysia sebagai
Negara demokrasi terbaik di dunia dengan memberi komitmen UMNO untuk
menghormati keputusan pengundi untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan dan
memberi jaminan penuh bahawa peralihan kuasa yang aman kepada Pakatan Rakyat
jika inilah keputusan rakyat dalam PRU ke-13.
Pengkritik Siber
Sememangnya
percubaan Najib untuk nampak lebih baik dari Anwar menarik perhatian pengkritik
di alam siber, terutamanya dari segi ekonomi, dimana ramai yang menyalahkan
kerana tidak ambil peduli apabila kos sara hidup dan perumahan naik mendadak
akibat inflasi yang tidak ditangani.
Anwar
yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri adalah buah hati masyarakat
Melayu sebelum dilucutkan jawatan dan dipenjarakan pada tahun 1998 berikutan
dakwaan Mahathir Mohamad, yang takut akan kelangsungan politiknya akan
terancam.
Najib,
yang merupakan pesaing terdekat Anwar bagi jawatan TPM, menyokong Mahathir.
Akibatnya, Najib hampir kehilangan kerusi Pekan pada pilihanraya umum 1999.
Pengkritik juga berkata, memori hampir kehilangan kerusi itu masih menghantui
Najib dan kerana itulah sepanjang memegang jawatan PM, strateginya sentiasa
berfokus kepada bagaimana untuk menghapuskan Anwar.
No comments:
Post a Comment