Oleh : Aspan
Alias
Sekarang sudah timbul suara-suara kecil
di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO
sendiri. Keadaan ini tentulahh di sebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru
sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui
sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah
kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.
Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi
kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi
penyebab kenapa UMNO sudah sampai ketahap yang ada masa ini. Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada
pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya
kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk
berkorban dan mengundurkan diri.
Sesungguhnya tidak hina jika
pimpinan hari ini mengundurkan diri dan di berikan tanggungjawab parti dan
negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis
Tertinggi parti atau dalam kerajaan. Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan
imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti di pimpin
oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.
Di dalam keadaan sekarang ini ramai
berpendapat di kalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat yang parti itu akan
merupakan parti yang akan tewas dalam perebutan mandat rakyat kali ini kerana
segala-galanya sudah menjadi bubur. Keadaan tidak mungkin bertambah baik
malahan kecenderungan untuk menjadi bertambah buruk adalah besar.
Orang Cina nampaknya sudah selesai
dalam pelan melakukan perubahan ini dengan membuat keputusan memberikan
sokongan bulat kepada DAP. Kita perlu menghormati apa yang di tentukan oleh
kaum Cina kerana mereka tahu untuk membuat
keputusan apabila sampai waktunya. Saya selalu berkata orang Melayu memang
susah untuk melakukan perubahan walaupun kecenderungan mereka untuk
melakukannya kali ini sudah nampak jelas.
Maksud saya perubahan oleh orang Melayu seperti yang kita lihat sekarang
ini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu lagi. Kata perbilangan ‘better late
than never’. PAS nampaknya merupakan ‘recipient’ kepada perubahan ini
Apabila kita mendengar suara-suara
yang inginkan usaha untuk memperbaiki UMNO dari dalam, persoalannya isu
mempebaiki dari dalam itu memangnya satu kata-kata yang selalu sangat kita
dengar dahulu. Tetapi akhirnya yang berniat pada asalnya untuk memperbaiki UMNO
dari dalam itu sendiri berubah dan terpengaruh dengan apa yang lazim berlaku
dalam parti itu. Malahan mereka pula yang lebih parah sikapnya dari ahli-ahli
yang sudah sedia ada di dalam UMNO itu.
Mereka berbuat demikian kerana
mereka yang bercita-cita untuk melakukan perubahan dari dalam itu akan di
ketepikan dan tidak laku dalam budaya parti itu lagi. Pendeknya yang hendak
memperbaiki UMNO dari dalam itu kadang kala hanya cara mereka hendak berpolitik
bagi mendapat sokongan ramai yang selalunya tidak kesampaian hajat mereka. Di
antara yang ingin UMNO untuk belajar secara mahal ini agak ramai. Mereka
sependapat yang UMNO tidak mungkin mampu untuk membuat baik kerana hendak
berbuat baik. UMNO akan hanya menjadi baik jika parti itu benar-benar belajar
yang rakyat serius mahu melihat perubahan bukan setakat perubahan malahan
transformasi secara total.
Baru-baru ini LDP Jepun telah kembali
mendapat mandat setelah beberapa tahun berada di pihak pembangkang setelah
memerintah Jepun selama 50 tahun lamanya. Seperti yang saya sebutkan dalam
posting semalam saya menunjukkan bukti parti yang membawa kemerdekaan India
telah kembali berkuasa setelah dikalahkan oleh parti Janata hampir dua puluh
tahun dahulu. Parti Kongress kembali dengan keadaan yang lebih baik dari
sebelum ia di tumpaskan oleh Parti Janata dahulu.
UMNO pun terpaksa menghadapi situasi
itu juga melainkan barisan pimpinan hari ini dengan segera memberikan laluan
kepada seorang yang lain dari barisan MKT atau kabinet hari ini untuk
menerajuinya untuk melihat imej dan aura yang baru dalam UMNO itu. Kurang dari
itu, UMNO terpaksa menghadapi pelajaran seperti yang di lalui oleh LDP Jepun
dan Kongress India.
Cara ini pun tidak mengapa kerana
yang penting UMNO mesti belajar dan menjadi parti yang baik setelah melalui
proses pembelajarannya, walaupun ia merupakan pembelajaran yang agak mahal.
Berubah mesti berlaku.
Asalkan mendapat perubahan
lakukanlah mengikut apa cara yang halal yang di benarkan oleh perlembagaan
Persekutuan kita yang mampan itu.
No comments:
Post a Comment