Friday, November 16, 2012

TUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT SKANDAL PEGUAM NEGARA DAN BEKAS KPN MUSA HASSAN-MEREKA BERDUA ADALAH SYAITAN YANG DIRASUK OLEH BAPA SETAN DALAM UMNO UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA KOTOR DAN JAHAT




Datuk Ramli Yusuff dirai IGP dalam majlis persaraan rasmi


Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff diraikan dalam majlis persaraan rasmi oleh Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

Ramli, dalam ucapan perpisahannya, mengecam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, ia mengambil masa lima tahun bagi kes-kes terhadapnya diputuskan oleh sistem kehakiman di mana beliau telah disahkan tidak bersalah.

Katanya, bukan sahaja media dan pejabat AG bersedia untuk menggunakan apa jua cara yang perlu untuk mencuba dan mendapatkan keputusan bersalah terhadapnya.

Tetapi juga, tambahnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang IGP yang masih berkhidmat memberi keterangan terhadap seorang pengarahnya sendiri apabila memberi keterangan bercanggah dengan beberapa pegawainya yang lain, termasuk mereka yang berpangkat pengarah.

Akhirnya, tegas Ramli, hakim menegur IGP itu kerana keterangannya yang meragukan.

Ramli, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 38 tahun, merujuk kepada apa yang kini dikenali sebagai Copgate.

Bukan sahaja Ramli didakwa, peguamnya, Rosli Dahlan dan enam pegawai penyiasat Copgate turut didakwa. Rosli dan enam pegawai berkenaan telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment