Monday, November 12, 2012

ROSMAH MANSOR ISTERI NAJIB SEMAKIN BUAT KERJA GILA DI MAJLIS PERKAHWINAN LEE CHONG WEI



Kehadiran isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei  pada 10 November lalu benar-benar mengejutkan dan semakin ramai rakyat meluat dan benci kepimpinan Najib yang semakin goyah serta menjadi beban kepada UMNO.

Setelah tidak hadir dalam majlis yang  dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib majlis khas tersebut, rupa-rupanya Rosmah kehadiran berasingan sangat memalukan.

Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!Lihat gambar-gambar di bawah :



Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Walaupun Rosmah merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia tidak sepatutnya membelakangkan majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu.

Majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini disiarkan secara langsung menerusi NTV7 selama sejam bermula 8.30 malam tadi.

Hadirin yang melihat Rosmah duduk di antara kedua pengantin kemudian dilihat saling berbisik sesama mereka dipercayai mempersoalkan kedudukan kerusi Rosmah yang dianggap janggal selain tidak mematuhi protokol walau yang hadir adalah perdana menteri sekalipun.

Pun begitu, sekiranya Chong Wei sendiri secara peribadi menjemput Rosmah hadir sebenarnya tidak salah tetapi yang menjadi persoalan tidakkah ia menimbulkan rasa pelik kepada penonton yang mengikuti majlis tersebut di kaca televisyen?

Buktinya, seorang pengguna akaun Facebook, Wu Loong Teo yang memberi komen di laman sosial itu milik DAP Cheras, bertanyakan kepada anak lelakinya siapa dan siapa yang berkahwin, dan jawapannya sungguh mengejutkan!

Anaknya menjawab "Lee Chong Wei DAN Rosmah"! (buktinya, klik pada pautan DI SINI).

Sekali lagi, Rosmah membuktikan kepada dunia bahawa kata-kata bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebenarnya benar belaka.

MALAYSIA BOLEH!

1 comment: