Gambar Print Screen dari FB ahli
Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur.
Terserlah kejahilan berliau kerana
mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH...tanam dulu baru solat jenazah.".
Ini akibat malas mengaji ilmu agama,memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .
Untuk merungkaikan
permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada
jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video
mengenai solat ghaib .
Moga dengan ini
kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.
Isu solat jenazah dikubur. Ustaz
Azhar Idrus jawab..
==================================
Nas & Hukum Solat Jenazah Di
Tanah Perkuburan
Hadis riwayat Abdullah bin Abbas
ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat
dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra :
Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah
saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya
kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw.
menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat
menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw.
bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan
jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi
para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka.
(Shahih Muslim No.1588)
Kata Prof. Dr. T.M Hasbi
Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :
Para ulama menyukai kita shalat
jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat
Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.
Beliau juga mengatakan:
Pernah hal ini dilakukan oleh Abu
Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.
Hadis yang di rujuk :
Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu
hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat
baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w.
bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)
Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata:
“Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung.
Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu
sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)
Syed Sabiq menambah, menurut satu
pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan
solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan
Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada
melakukannya..
Kesimpulannya solat jenazah ditanah
perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat
solat sebelum jenazah dikebumikan..
No comments:
Post a Comment