SPRM sedang siasat Ali Rustam
KUALA LUMPUR, 5 Okt : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang
menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali
Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru
ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara
menyeluruh.
"Kita teliti satu persatu,
tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita
periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.
Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.

Awas warga SPRM , anda sedang diawasi oleh malaikat kiri dan kanan anda kerana segala amalan anda akan di tontonkan kembali di padang mahsyar nanti . Kepada yang berkaitan sesal dulu dan bertaubat sekarang , mudah2an dijaukan dari siksa didunia mahupun diakhirat nanti. Jangan tunggu pencen baru nak taubat , takut tak sempat . Kami rakyat Malaysia akan menuntut keadilan di MAhsyar nanti kepada warga SPRM ........
ReplyDelete