Tuesday, October 30, 2012

NYAHKAN SUK KEDAH YANG KURANG AJAR DAN BIADAP



Panduan Himpunan Aman di Wisma Darul Aman

ALOR SETAR – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah (KLCS) selaku penganjur program himpunan aman desak, duduk dan riadah di perkarangan letak kereta Wisma Darul Aman pada 1 November depan meminta supaya peserta yang hadir mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan.


Program tersebut diadakan untuk mendesak Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatannya.

Menurut Nordin Ahmad, jurucakap KLCS, penyelaras lokasi perhimpunan aman tersebut, para peserta himpunan aman di minta mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh penganjur bagi mengelakkan berlakunya kesulitan serta gangguan perjalanan himpunan yang diadakan.

Ini kerana, konsep himpunan aman kali ini ialah para peserta akan duduk dan riadah di kawasan lapang menjalankan aktiviti dotetapkan penganjur dan sebahagian pula berdiri memegang sepanduk mendesak Datuk Rasli Bin Basir meletakkan jawatan di pinggir jalan berhadapan Wisma Darul Aman.

Sehubungan itu, Nordin berkata, para peserta di minta datang lebih awal di lokasi himpunan diadakan serta meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja supaya tidak menganggu laluan trafik. Dicadangkan juga peserta himpunan datang secara berkongsi kenderaan supaya ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di tempat himpunan diadakan.

Di samping, pihak penganjur juga meminta peserta himpunan membawa sepanduk masing-masing yang bertulis ayat-ayat yang menjurus kepada desakan Datuk Paduka Rasli meletak jawatan. Bagi peserta di kalangan ahli-ahli majlis, mereka diminta berpakaian rasmi lengkap dan peserta kalangan MKK dan NGO mereka disyorkan memakai pakaian kerja ataupun batik pada hari berkenaan.

Bagi memastikan para peserta selesa, pihak penganjur ingin menyarankan mereka membawa sama tikar atau alas tempat duduk, makanan dan minuman kerana himpunan ini berjalan secara duduk selama 2 jam bermula tepat jam 10 pagi.

Sehubungan itu, pihak penganjur telah merangka beberapa aktiviti yang akan dijalankan di dalam himpunan aman tersebut seperti bacaan yasin (peserta beragama Islam), ceramah dalam kelompok dan lain-lain.

Nordin berkata, pihak penganjur menganggarkan jumlah peserta yang hadir di perhimpunan aman tersebut sekitar 1000-1500 orang. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah kehadiran melebihi jangkaan, ia tidak menjadi masalah kerana kawasan lapang depan Wisma Darul Aman masih luas dan sesuai untuk peserta himpunan duduk.

Sehubungan itu, pihak penganjur amat mengharapkan para peserta memberi perhatian dan kerjasama yang baik tentang peraturan yang ditetapkan serta mengutamakan keselamatan orang lain ketika himpunan aman dijalankan. Di samping, kita (pihak penganjur) juga mengharapkan akan dapat kerjasama yang baik dari pihak polis bagi melancarkan perjalanan lalulintas dan keselamatan orang lain, seperti himpunan yang telah diadakan sebelum ini kata Nordin.

No comments:

Post a Comment