Thursday, October 18, 2012

ISLAM UMNO BERTOPENGKAN KEPENTINGAN POLITIK YANG MELAMPAU



Chua Soi Lek :- Hudud Pas 1.2 Juta Akan Hilang Kerja di Resort Perjudian Genting Highlands, Pusat Pertaruhan & Rumah Urut Kerana HUDUD PAS?

(Ke mana perginya Abdullah Sa’amah kononnya pengasas Pondok Getting, Kelantan senyap saja nampaknya berulang kali MCA melalui Presidennya menghina Islam. Undi MCA wajib kot-bila nak keluarkan fatwa pula?)


Pertama sekali apabila mau menyentuh soal HUDUD ini, perlu ingat  ia tidak ada kena mengena dengan HUDUD Pas atau HUDUD Umno. Seandainya PAS mahu melaksanakan pun, ia bukan Hudud PAS. Begitu juga, jika UMNO mahu melaksanakan Hudud di Malaysia sekalipun, ia juga bukan Hudud UMNO….

Lebih baik Hudud ini jangan dimasukkan elemen politik di dalamnya. Hudud ini milik Allah. Allah dah garap hukum Hudud ini dengan cukup baik sekali. Pokok pangkalnya persoalan kepada hambaNya samada mahu melaksanakannya atau tidak.

Dan untuk itu, admin cukup  tertarik dengan kenyataan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia pernah berbicara tajuk ‘Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini” mengatakan :
"Sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam".


Admin merasakan dengan ayat Syeikh Yusuf al-Qaradhawi seperti di atas cukup untuk beri pemahaman tentang tertib bagi melaksanakan hukum hudud ini. Asasnya perlu kuat terlebih dahulu.

Jika orang Islam tidak bersetuju dengan hudud sekalipun, admin tidak hairan. Sebab mereka bukan Islam. Sekali lagi, mereka BUKAN ISLAM. Mereka memang tidak faham tentang Islam. Tetapi, biarlah menggunakan akal sebelum berkata-kata.

Chua Soi Lek, Presiden MCA, rakan sekutu paling karib dan akrab UMNO dalam Barisan Nasional, mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya HUDUD PAS dilaksanakan

Dari mana beliau dapat sumber ini? Beliau hanya memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali. Hanya petik sms dan terus buat kenyataan? Cara beliau saling tak tumpah sebiji seketul macam Utusan apabila mau menyerang Pakatan Rakyat dan saf kepimpinannya yang amat gemar ceduk sumber dari blog pro UMNO.

Beliau dengan penuh yakin dan megah menyenaraikan pelbagai industri yang akan terjejas dengan ramai rakyat Malaysia yang hilang kerja, sekiranya hudud PAS dilaksanakan seperti di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan ( kedai judi )  dan juga rumah urut.

1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan? REALITI ATAU IMIGINASI?

Ramainya rakyat Malaysia yang menjadi “penjenayah berat” dan melanggar hukum Allah SWT sehingga bakal berhadapan dengan hukum Hudud? Adakah 1.2 juta orang ini terlibat dalam perbuatan seperti :

 1)  kena potong tangan akibat mencuri .
 2)  kena hukum pancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati .
 3)  kena hukuman sebat kepada pembuat fitnah .
 4)  kena hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak .
 5)  kena hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin

 
Kepada orang bukan Islam tidak perlu mencampur-adukkan fakta atau membuat sebarang ramalan mengarut seperti ini, nasihat admin,  lebih baik diam daripada bersuara tentang apa yang kita tidak tahu dan arif.

Jangan berkata yang boleh menimbulkan keadaan tegang dan huru hara dinegara ini.


Kepada UMNO/PERKASA/PEKIDA/.JATI/PESILAT/PESAKA/PPIM/MAJLIS BELIA MALAYSIA/GAPS/HIMPUNAN SEJUTA UMAT......dimana suara anda kalian apabila Islam dipersenda dan dihina sebegini rupa oleh ketua parti yang menjadi rakan sekeutu rapat dan akrab UMNO sejak Merdeka.. DIMANA!

No comments:

Post a Comment