Friday, September 14, 2012

RAKYAT ASING/BN VS RAKYAT BERDAULAT SELANGOR/PAKATAN RAKYAT.


Oleh : Aspan Alias
 
Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negerinya jika pilihanraya di adakan pada bulan November atau sebelumnya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan bersama dengan negeri-negeri lain dengan membubarkan DUN jika Najib mengumumkan pembubaran Parlimen seperti yang lazim di lakukan oleh mana-mana negeri di masa-masa yang lalu.


Kita sudah mendengar pendirian dari Kelantan yang berpendapat tidak mempunyai masalah untuk membubarkan DUNnya mengikut tarikh yang akan di umumkan oleh Najib. Kita masih lagi menunggu respon P Pinang dalam hal ini.

Sesungguhnya Selangor adalah salah sebuah negeri berdaulat yang berada di dalam Persekutuan Malaysia dan negeri itu berhak untuk membubarkan atau tidak Dewan Legislatifnya. Tidak ada pihak lain berhak untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi negeri yang berdaulat itu.

Pendirian negeri Selangor iru bersebab dan bukannya membuat keputusan itu semata-mata kerana hendak berlainan dari negeri-negeri lain. Selangor telah menjadi medan pihak yang inginkan kembali berkuasa dengan melakukan berbagai-bagai tektik kotor yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Pihak BN telah menambah lebih dari empat ratus ribu pengundi yang dipersoalkan ‘ligitimacy’nya sebagai pengundi.

Sampai kehari ini masalah itu belum dapat di selesaikan oleh SPR dan pilihanraya sememangnya tidak patut di adakan selagi semua pihak berpuas hati tidak ada pengundi-pengundi yang tidak 'legitimate' termasuk di dalam senarai pengundi yang terdaftar dengan SPR.

Jika terdapat ratus ribu pengundi segera yang di daftarkan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu, maka ia merupakan satu isu pengkhianatan kepada negara. Kita tidak mahu negara kita di tentukan politiknya oleh rakyat asing yang di berikan kad pengenalan segera semata-mata untuk kepentingan pihak yang sedang dalam keadaan ‘desperate’.

Jika ini berterusan  maka keadaan akan menjadi berbeza. Ia akan mewujudkan situasi dalam mana pemilihan adalah di antara rakyat asing yang di sokong oleh BN dan rakyat Selangor yang di sokong oleh Pakatan Rakyat.

Dalam isu ini apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Selangor amat mudah untuk di fahami. Pakatan rakyat Selangor mahukan rakyat Selangor yang tulin sahaja yang mengundi dan bukannya dari rakyat asing yang mendapat kad pengenalan segera yang dikeluarkan oleh pihak BN.

Ia bermakna kerajaan Selangor terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dengan membenarkan hanya rakyat tempatan Selangor sahaja yang mengundi. Tindakan kerajaan Selangor itu semata-mata untuk menjaga kedaulatan Selangor sebagai sebuah negeri yang menganggotai kerajaan persekutuan Malaysia ini.

Perlu di ingat kedaulatan kerajaan persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini.

Jika tercacat kedaulatan negeri yang menganggotai persekutuan itu maka ianya akan menjejaskan kedaulatan persekutuan kita ini.

Tetapi jika akhirnya Selangor terpaksa juga menghadapi pilihanraya kali ini tanpa dibersihkan senarai pengundi, maka pilihanraya nanti adalah pilihanraya untuk memilih pendatang asing yang di sokong oleh BN atau pun memilih kehendak rakyat negeri Selangor sendiri.

Yang penting rakyat dan pengundi tulin Selangor mesti mempertahankan kedaulatan negeri mereka dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang benar-benar mahukan hanya rakyat tulin Selangor sahaja yang mengundi.

Komen :

1.    Kadangkala memang susah untuk difahami metaliti Melayu (golongan lanun) ni. Contohnya, Pengerusi/Tim SPR itu sendiri. Kalau dia dah tahu rancangan jahat UMNO/BN untuk menipu di dalam PRU maka dah tentu UMNO/BN ini adalah parti khianat bangsa dan negara yang akan juga menyusah dan mengkhianati anak cucu beliau (Pengerusi/Tim SPR) nanti. Mungkin beliau hanya memikirkan untuk mempertahankan jawatan besar beliau sahaja atau jutaan wang sogokan yang telah diterima untuk kerja kotor ini, tetapi kemusnahan dan kebinasaan yang akan terjadi disebabkan perbuatan dan pengkhianatan tersebut terlalu besar hingga melibatkan keamanan dan kehancuran kepada rakyat secara besar-besaran di negara ini. Kalau "spesis" ini ada sedikit keimanan di dalam hati beliau atau mungkin beliau pernah mengucap dua kalimah shahadah atau pernah solat walaupun 2 rakaat, maka apa salahnya beliau bertindak benar dengan mendahului kebenaran dan keadilan kerana beliau tahu UMNO/BN akan kalah besar dalam PRU nanti dan beliau juga mungkin akan didakwa, dipenjara dan disebat sekiranya didapati mengkhianati amanah rakyat di negara ini. Waima beliau tidak mahu berubah juga, mari sama-sama kita doakan semoga beliau dan keturunan beliau dihancurkan oleh Allah SWT dari segenap sudut di muka bumi ini walau dengan apa cara sekalipun, kerana perbuatan beliau ini terlalu besar kesan dan musibahnya kepada keseluruhan rakyat di negara ini. Ingatlah, doa orang yang dizalimi dan dikhianati tiada halangan di antaranya dengan Allah SWT. kecuali "spesis" tersebut memang tidak pernah percayakan Allah SWT (Mohon juga Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat bagi mengetuai sembahyang hajat bersama rakyat di perhimpunan PR di Stadium Bukit Jalil pada 3 Nov 2012 nanti).

2.    Sakit hati bila tengok terlalu ramai pendatang asing disesuatu tempat dengan sikap kurang ajar mereka...seolah olah malaysia ini bukan negara berdaulat...

Dengan penarikan kuasa rela untuk menahan pati dan arahan supaya tidak menahan untuk menyoal pendatang asing samaada mempunyai permit atau tidak..sudah di ketahui umum bahwa pendatang asing ini akan digunakan sebagai pengundi hantu dan seterusnya menjadi warganegara malaysia untuk merebut peluang seperti rakyat msia yg lain...

Sikap pemimpin kerajaan ini membuat rakyat malaysia khas bangsa melayu tidak mempunyai maruah...pemimpin bn yg kaya raya tidak mengetaui apa yg berlaku dikeliling kehidupan rakyat jelata..bagaimana pendatang asing membuat rakyat benci pada bn...

Kita ceritakan pada keluarga di kg..tentang apa akan berlaku pada bangsa melayu jika pendatang asing ini memasuki kehidupan kelompok bangsa melayu...umno sememangnya pengkhianat bangsa melayu..dan pakatan rakyat batalkan kad pengenalan kepada bangsa asing dengan membuatkan kad pengenalan dan surat beranak melalui saringan ketat dan melalui proses temuduga untuk mentarbatkan maruah dan kedaulatan rakyat malaysia..

No comments:

Post a Comment