Himpunan di ambang Hari Malaysia peringkat negeri Sabah yang turut
dirai bersama oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bertempat di restoran Singgah
Singgarung di Jalan Tuaran Kota Kinabalu malam tadi mendapat sambutan hebat di
luar dugaan dari kalangan masyarakat Sabah. Kira-kira 20,000 hadir untuk
bersama sama-sama menghitungkan detik 12:00 malam 16 September sempena hari
ulang tahun penubuhan Malaysia ke 49.
Anwar
sedang menyampaikan amanah.
|
Barisan
pimpinan tertinggi PR.
|
Kalaulah majlis itu tidak diganggu
mungkin jumlahnya berkali ganda. Pihak pengajur khabarnya telah tiga kali
terpaksa mengubah lokasi kerana tidak mendapat kebenaran. Beberapa sekatan
jalan raya untuk meuju ke lokasi itu juga diadakan bagi melecehkan perjalanan
orang ramai.
Semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir
dan ia merupakan satu sejarah, sekaligus menjadi majlis malam tadi menyebabkan
pimpinan Umno Sabah dibawah pimpinan Musa Aman akan menjadi tidak berapa aman
lagi.
Belum pernah ada perhimpunan
melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.
Sebahagian
dari hadirin.
|
Kesesakan
jalan raya kerana gangguan.
|
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, hadir
bersama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang
bersama timbalannya Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama
Setiasuaha Agungnya Lim Guan Eng.
Lain-lain pemimpin Pas yang hadir
Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha
Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas
Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.
Pemimpin PKR lain yang hadir
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan
lain-lain.
Bendera
Pas melatari himpunan.
|
Selain itu semua pemimpnan tertinggi
dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat peringkat Sabah itu hadir.
Majlis malam tadi adalah anjuran
tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu,
Lajim Okim.
Program itu juga turut sama dihadiri
bekas timbalan presiden OPKO yang menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing,
dan beberapa yang lain.
Walaupun majlis malam tadi agak
terganggu kerana angin dan hujan di namun orang ramai terus berada dalam majlis
berkenaan. Sikap ini menjelaskan orang ramai yang hadir benar-benar ingin
menyatakan perasaan masing-masing yang tidak senang dengan kerajaan Sabah hari
ini.
Beberapa orang pemimpin turut
berucap menyegarkan semangat sambutan hari Malaysia ke 49 itu; antara Anwar
Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim
selain tuan rumah Lajim Okim.
Menafsir himpunan malam tadi ia
bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang kebangkitan rakyat Sabah untuk
menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh yang hadir terdiri dari kaum
bumiputera bukan Islam dan orang Cina.
Seorang pemimpin DAP dari Libaran
ketika bebual dengannya memberi tahu dalam pengetahuannya inilah himpunan
terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang dihadiri oleh semua pucuk pimpinan.
Menurutnya rata-rata dan di
mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang memperkatakan perubahan dan mahu
tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya secara peribadi 20 yang saya tanya rakan
Cina dari berbagai profesyen, 19 mereka mahukan kerajaan UBN ditukar dan
diganti dengan Pakatan Rakyat,” katanya.
“Saya yakin kerajaan BN akan
bertukar dalam pilihan raya akan datang,” katanya sambil membandingkan dengan
gelombang semasa rakyat bangkit bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan
Berjaya dahulu tidak sekuat hari ini.
Serorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun
menyetujui pendapat itu dengan mengatakan, gelombang kali ini lebih besar dan
yang bakal mencatatkan sejarah baru di Sabah.
“Saya tidak mahu cakap banyak tetapi
kalau melihat kepada kebangkitan orang ramai seolah-olah kerajaan UBN akan
jatuh pada bila-bila masa saja.
“Dulu rakyat masih berasa malu mata
kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari ini semua sudah berani. Sebagai bukti
lihat mereka yang datang hari ini, mereka tidak takut lagi..” sambugnya.
Mereka yang hadir juga juga seronok
dan tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh para pemimpin dalam
ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut berucap memberi sekurang-kurang tujuh
janji kepada orang Sabah untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Manakala Abdul Hadi dengan penuh
sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana telah diabaikan oleh
kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana kesilapan dulu,” katanya menyebabkan
sebahagian sedikit hadirin terkaget.
Menurut Abdul Hadi rakyat tidak maju
dan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain walaupun ia memiliki
pelbagai sumber ekonomi ialah kerana BN yang mengabaikannya.
“Apa-apa kekayaan disesebuah negeri
itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri berkenaan sebelum ia diagih kepda
kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah ini hendaklah diagih di Sabah ini,”
ujarnya disambut dengan laungan takbir.
Pernyataan Hadi itu menjelaskan akan
keadilan Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Pernyataan itu juga
sekaligus dapat menyapu kekeliruan sesetengah pihak yang kabur mengenai bentuk
atau prinsi-prinsip pemerintahan Islam yang adil dan saksama.
No comments:
Post a Comment