Saturday, September 1, 2012

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA KEPADA ALLAH SWT SEMOGA NASIB NAJIB AKAN MENERIMA PADAHNYA LEBIH DASYAT DARIPADA ANWAR TERIMA SEKARANG-INSYA ALLAH MUDAH-MUDAHAN ALLAH SWT MAKBOLKAN DOA KITA YANG DIZALIMI-BANGKITLAH WAHAI PEJUANG-PEJUANG KEADILAN SEMUA


Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang di Kota Bharu 

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.

“Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan program PKR,” ujarnya melalui twitter.


Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.


Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran’./HarakahDaily

TERUSKAN JELAJAH, JANGAN GENTAR ANCAMAN - DSAI

KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.

Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.

Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.

Baca juga link ini :

Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk

Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan


ULASAN :

Mudah-mudahan dengan insiden ini (dan lain-lain insiden yang diterima oleh DSAI dan lain-lain pemimpin PR) membuka mata rakyat bahawa UMNO-lah yang memulakan bermain api dan kebencian rakyat terhadap UMNO dan rakan-rakan seangkatan dengannya bertambah meluas luas lagi. Sebenarnya rakyat bencikan keganasan seperti yang ditunjukkan oleh UMNO itu.

Jangan ingat pejuang-pejuang dalam Keadilan (dan PR) takut dan menikus. Kami cuma perhatikan gerak pencak silat UMNO dahulu dan seterusnya apa yang UMNO akan lakukan, selepas itu kita akan bertemu secara anak jantan. Buku akan bertemu dengan ruasnya.

Sekarang kami belum mahu bertindakbalas lagi. Belum sampai masanya lagi. Kami mahu melihat bagaimana tindakan pihak berkuasa khususnya pihak polis menghadapi masalah ini. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat terhadap samseng-samseng peliharaan UMNO ini, tetapi satu pun tindakan  tidak diambil. Kita akan lihat sejauh mana pihak polis bermain silap mata dengan pihak UMNO bagi menjaga survival UMNO yang sudah tidak bermaya untuk mempertahankan kekuasaannya.

Yang pastinya, kesabaran kami ada had dan batasnya. Jangan sampai kesabaran kami hilang. Buruk padahnya. Kalaulah kami ini hendak mengambil tindakan yang tidak bertamadun seperti UMNO lakukan itu, cukup mudah bagi kami, tetapi kami tidak mahu lakukan. Kami mahu jatuhkan regim UMNO ini dan kuncu-kuncunya secara anak jantan melalui pilihan raya yang bersih tanpa sebarang penipuan, penyelewengan, rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

Seluruh dunia tahu dan rakyat juga tahu bahawa UMNO dan sekutunyalah yang memulakan permainan yang tidak sihat ini. Pihak polis juga tahu, tetapi mereka biarkan kerana mereka terikat dengan UMNO sepertimana mereka juga tahu yang mereka dipergunakan dan diperkudakan oleh UMNO untuk mengharu-birukan setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO yang pro kepada inspirasi PR seperti Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan sebagainya.

Pihak polis juga sedia maklum, sekiranya PR menang dalam PRU ke-13 nanti, golongan UMNO dan kuncu-kuncunya yang akan menimbulkkan ketegangan seperti kejadian keganasan dalam peristewa 13 Mei 1969. Oleh sebab itu, mereka sering memainkan propaganda menakut-nakutkan rakyat, menimbulkan ancaman dan ugutan kepada rakyat bahawa jika PR menang, Negara akan kacau-bilau dan haru-haru akan berlaku. Merekalah yang akan lakukan itu semua kerana mereka telah hilang kuasa yang dipegang lebih 55 tahun. Strategi dan taktik ini mudah difahami rakyat. Itulah modus operandi mereka untuk menang.

Adalah mustahil dan gilalah PR. PR yang menang, tiba-tiba PR bangkit mengadakan rusuhan dan mengharu-birukan negara dan mengancam keselamatan rakyat.

Cukuplah wahai UMNO. Jadilah untuk memperbodohkan rakyat dan rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan.

1 comment:

  1. amiin amiin ya rabbal alamiin,insyaAllah doa orang-orang yang dizalimi akan Allah SWT makhbul jua, laknat pada mereka yang buat khianat terutama kuncu-kuncu & barua-barua umno-apco ! kesabaran pakatan rakyat ada hadnya,jika pdrm buat buta samseng-samseng apco akan terima padahnya !

    ReplyDelete