Written by Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia
Chronicle
Seperti
yang dijangka, UMNO telah menggunakan Minggu Orientasi Pelajar untuk pelajar baru
di semua IPTA seluruh negara untuk menyebarkan propogandanya. Setiap tahun
pemimpin Umno akan masuk ke kolej-kolej dan memberi syarahan yang bermotifkan
untuk meyakinkan pelajar baru ini bahawa mereka harus terus percaya dan
menyokong Umno-BN demi kebaikkan ‘Bangsa, Agama dan Negara!’
Seperti
juga tahun-tahun sebelum ini, tiada bezanya tahun ini. Kalau ada pun perbezaan,
mungkin terdapat lebih banyak yang digembar-gemburkan pada tahun ini. Semakin
tinggi kita daki, semakin curang kita jatuh. Umno pun akan mendapat nasib yang
sama. Walaupun kebanyakkan pelajar baru ini pemalu dan santun, ramai yang
menunjukkan muka bosan dan kurang senang dengan ucapan panjang lebar yang
disampaikan oleh orang Umno demi agenda mereka.
Setiap
tetamu terhormat ini diminta untuk memberi ucapan, Ada di antara yang langsung
tidak menyembunyikan agenda ada juga yang menggunakan psiklogi. Namun, dalam
era di mana komunikasi adalah menerusi sms, email, ruangan chat dan sebagainya,
rakyat muda kita ini nampaknya bukanlah naïf seperti yang disangka. Jangan
sangka semua akan menelan mentah-mentah apa yang kamu beri kepada mereka.
Ramai
di antara anak muda yang sangat arif dengan dunia media sosial ini menyeringai
sepanjang ceramah membosankan yang sebenarnya hanya mempunyai satu tujuan iaitu
semua haruslah menyokong Umno-BN dan sekiranya tidak, negara akan hancur di
tangan pembangkang penyangak. Mungkin pada seorang lelaki dewasa, penceramah BN
ini bercakap kosong, Pelajar juga nampaknya kurang berminat, Ramai yang penat
dan tidak kurang juga yang tertidur.
Mempersembahkan Anak bongsu
Hakikatnya,
ramai dikalangan pelajar yang hanya berminat untuk belajar dan bukanlah ucapan
berbaur politik atau menyibuk dengan isu ekonomi- sekurang-kurangnya sebelum
mereka memulakan semester satu di universiti. Ramai yang berasa
bertanggungjawab untuk belajar kerana orang tua mereka telah berbelanja
beribu-ribu ringgit untuk mereka meneruskan pelajaran di peringkat universiti.
Mereka hany mahu belajar dan habis belajar dengan cepat supaya mereka boleh bergraduat
dan mencari pekerjaan.
Tetapi
pihak Umno yang kurang sensitif itu menggunakan minggu orientasi untuk
mendapatkan peluang terakhir membasuh minda pelajar atau menarik mereka
daripada agenda hitam pihak pembangkang- bergantung kepada pihak mana anda
berada.
Salah
seorang daripada pemberi ucapan paling kontroversi pada tahun ini adalah
Mukhriz Mahathir – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan anak bongsu
bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Mukhriz telah dijemput untuk berucap
kepada pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada khamis lepas, 6
September dan beliau telah mencetuskan kegemparan di sana.
Mukhriz
bukan cuba memaparkan situasi ekonomi yang indah tetapi malangnya penjelasan
beliau lemah dan bercanggah. Beliau mendakwa bahawa kita berada pada jalan yang
betul kerana pengurusan kewangan yang bijak tanpa bergantung dengan peminjaman
luar negara yang besar.
“Kerajaan
mempunyai RM800 billion dalam pinjaman. Dan hanya 17% daripadanya adalah
peminjaman luar negara. Selebihnya adalah daripada institusi pinjaman dalam
negara,” The Edge melaporkan beliau sebagai berkata.
Kejutan Muflis
Muhkriz
cuba menyakinkan bahawa terdapat perbezaan di antara pinjaman luar dengan dalam
namun hakikatnya, pinjaman adalah pinjaman. Kerajaan kita hanya kurang 2%
daripada pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh perlembagaan. Hanya disebabkan
ini sahaja menunjukkan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bapanya tidak
boleh kita capai.
Mukhriz
memburukkan lagi keadaan dengan membuat kenyataan terbodoh yang boleh dibuat
oleh seorang menteri. Bagi yang lebih kritikal pemikirannya dalam audien,
Mukhriz dilihat sebagai seorang yang bodoh, naïf dan kurang cerdik berbanding
ahli-ahli Umno berpengaruh yang lain.
“Kita
tidak perlu risau jika negara akan muflis atau tidak sekiranya kita terus
memberi bantuan kepada rakyat. Ini kerana wang yang ada itu adalah lahir
daripada pengurusan kewangan yang bijak dan pemungutan cukai yang efektif,”
ujar Mukhriz yang berusia 46 tahun itu.
PM masa hadapan? Selamatkan Malaysia, hentikan Mukhriz!
Jangan
risau jika Malaysia jatuh muflis! Dan bayangkan bapanya mahu dia menjadi PM
selepas Najib!
Sudah
tentulah tentangan rakyat terhadap cita-cita Mahathir ini kuat sehinggakan dia
terpaksa memperlahankan kempennya untuk menjadikan Mukhriz PM. Sungguhpun begitu,
terdapat ura-ura bahawa ada perjanjian dikalangan elit Umno untuk menjadikan
Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika Umno-BN mendapat semula negeri itu.
Mukhriz
juga gagal menyatakan bagaimana Umno-BN akan membayar balik pinjaman itu- 800
billion bukanlah satu nilai yang kecil. Untuk seorang Timbalan Menteri
Perdagangan, beliau sebenarnya tiada langsung idea bagaimana hendak menurunkan
nilai hutang ini kepada nilai yang lebih mudah diurus.
Ada
yang lebih arif mengenai kewangan dalam audien juga terkejut apabila Mukhriz
telah dengan tidak sengaja mengeluarkan satu maklumat baru. Setakat ini, akhbar
telah melaporkan hutang negara adalah dalam RM560 billion tetapi sekarang
Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlahnya adalah RM800 billion!
Kitaran jahat dan Professor Kangkong!
Mana-mana
pemimpin yang bertanggungjawab akan risau jika negara dijangkan akan muflis.
Tarikh akhir 2019 yang disebut oleh Idris Jala dan Koh Tsu Koon bukanlah satu
gurauan dan ia mungkin akan lebih cepat daripada yang dijangka akibat daripada
perbelanjaan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dalam bujet 2010, 2011 dan
2012. Nampak gayanya Bujet 2013 juga akan meninggalkan satu lubang yang besar
dalam perbendaharaan negara yang hanya akan ditutup oleh hutang.
Wang
seharusnya sampai kepada rakyat dengan melalui aktiviti ekonomi yang berkesan
dan bukannya apa yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang. Pelan-pelan untuk
berbelanja dan projek-projek besar dibentangkan dan negara berhutang lagi
tetapi wang masuk itu dikeluarkan dengan sekelip mata dan seminit kemudian ia
dimasukkan semula dan diberi kepada rakyat.
Sekiranya
pengurusan kewangan yang baik dilaksanakan, rakyat Malaysia akan stabil dari
segi kewangan dan mereka tidak akan memerlukan bantuan kewangan! Malaysia
merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak. Kita tidak mungkin menjadi
miskin dan jika ia berlaku, ia adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang
teruj dan penipuan.
Jadi
untuk mereka yang mempunyai keistimewaan seperti Mukhriz, yang punyai bunglo
besar yang sering menjadi topik perbualan di kota-kota, beliau sepatutnya tutup
mulut kalau tidak tahu menahu mengenai perihal ekonomi.
Sekiranya
beliau cuba untuk mengasah bakat memberi ucapan, beliau harus praktis dihadapan
cermin dan bukannya dihadapan pelajar universiti dan memperbodohkan mereka dan
juga rakyat Malaysia dengan kenyataan dan andaian bodoh beliau.
Kita
juga terfikir, apakah pendapat Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak yang
juga berada dalam audien tentang ucapan Mukhriz? Tolonglah jangan biarkan anak
bongsu seorang ahli politik kejan merosakkan standad dan reputasi universiti
anda.
Tunjukkan
bahawa UUM mempunyai standad untuk menganalisis dakwaan ini-sama ada benar atau
tidak fakta yang diucapkan oleh mana-mana pemimpin dalam atau luar negara.
Dengan kata lain, jangan biarkan UUM diperkotak-katikkan dan dihujani oleh
“Professor Kangkong’!
Sumber
: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment