Monday, September 3, 2012

ANJING-ANJING UMNO MENGANAS DI MASJID AL-HUSAIN, DISEBERANG PUMPONG, KEDAH


SYAITAN!!! SERANG MASJID: UMNO TAK TAHU BEZA RUMAH IBADAT DAN TEMPAT MAKSIAT
 
PENANTI 3 September: Tindakan membaling kasut ke dalam masjid dan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib membuktikan Umno BN sudah tidak boleh membezakan antara rumah ibadat dengan tempat maksiat.
 AHLI-AHLI DAN PENDOKONG PERKASA JUGA ADALAH ANJING-ANJING PELIHARAAN NAJIB


Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, provokasi melampau oleh samseng Umno ini membuktikan mereka terdesak untuk mengekalkan kuasa yang semakin hilang menjelang pilihan raya umum.

“Tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat akan menukar bendera negara adalah antara provokasi yang mereka lakukan. Membaling kasut ke dalam masjid di Seberang Pumpong juga terbukti bahawa mereka tak mampu membezakan rumah ibadat dengan tempat maksiat,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

“Bertindak seperti Along membaling cat merah dalam banyak insiden juga membuktikan mereka terdorong ke arah perlakuan melampau dan ekstrim,” katanya pada ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan artis Abby Abadi.
Keadilan Daily melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, mengekalkan Umno akan membawa kemusnahan bukan sahaja kepada rakyat, malah mendatangkan musibah besar kepada negara.

“Jika Umno dibiarkan berkuasa, banyak lagi kerosakan yang akan berlaku dalam negara, ” ujar beliau./KeadilanDaily

AIC KUTUK TINDAKAN GANAS, JAHIL POLITIK
Harakahdaily,
03 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangka masa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.


Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.


Katanya, AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap dipercayai ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah.


“AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

1 comment:

  1. KALAU HAMPA SANGGUP PANGGIL ORANG UMNO YANG SOLAT DAN BERSYAHADAH MACAM HAMPA SEBAGAI ANJING, MAKA HAMPA SEBENARNYA LEBIH HINA DARI ANJING. LEBIH TEPAT HAMPA ADALAH SETARAF DENGAN BABI HUTAN. KENAPA. MANUSIA BERSIFAT KAUM NABI LUTH YANG DILAKNAT ALLAH DIPUJA UNTUK JADI PEMIMPIN. AKU AHLI KARIAH MASJID ITU TAHU PERJANJIAN AWAL YANG TAK BENARKAN PELIWAT ITU BERCERAMAH DI MASJID ITU TAPI DEK KERANA PERANGAI BABI HUTAN MAKA PERJANJIAN ITU DIMUNGKIRI. SEBAB. SEMUA ORANG TAHU SIAPA PENGERUSI MASJID ITU. MANA ORANG PAS TAU PENUHI JANJI SEBAB MEREKA MUNAFIK YANG DIZAMAN RASULULLAH DIPERANGI UMAT ISLAM. MINTAK MAAFLAH. SEBAB MANUSIA BERSIFAT BINATANG MACAM PUAK-PUAK PAS DAN PKR INI SAJA YANG SANGGUP MEMBINATANGKAN ORANG LAIN. SEBAB ITU JANGAN MARAH KALAU ANDA DIBINATANGKAN PULA OLEH ORANG LAIN. CEH...PELIWAT TEGAR DAN PEMBALUN PELACOR CINA PUN NAK LANTIK JADI PM. AGAKNYA HAMPA NAK UNDANG MALA PETAKA DAN GEMPABUMI KAT BUMI MALAYSIA KOT. AKU RISAU KOT HAMPA DULU DITELAN BUMI.

    ReplyDelete