Friday, July 27, 2012

UMNO DAN MCA BERJUANG UNTUK MENIPU RAKYAT


Kesetiaan berbelah bahagi : pemimpin BN yang tidak ikhlas dan menipu

We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.
Dua parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) - Umno dan MCA - menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak kerana takut kehilangan mandat untuk memerintah.
MIC juga mula menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa tetapi menganjurkan pergaduhan jalanan dan mencadangkan ujian pengesan bohong tidak akan menimbulkan perasaan cinta kepada BN bagi pengundi.

Selepas lebih 50 tahun mentadbir urus, ketiga-tiga mereka jelas sedang kalut - menggunakan pelbagai helah yang kotor, melakukan pembohongan, cakap tak serupa bikin, mengancam, melakukan keganasan serta mengamalkan politik yang tidak rasional seperti mempengaruhi pihak polis untuk mengugat keselamatan wakil-wakil yang telah dipilih dari parti Pembangkang oleh rakyat.
Belajar dari orang yang salah- Umno & Perkasa!

Walaupun UMNO menggunakan taktik perkauman melampau yang dijalankan oleh Perkasa, kegiatan menghasut yang dibiarkan oleh kerajaan yang dikuasai BN-Umno, MCA kini cuba untuk belajar dari ‘abangnya’ itu.
Dan menimba ilmu taktik kotor, MCA cepat menangkap, mengambil iktibar daripada Umno dan adik angkat organisasi itu, Perkasa.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia yang cintakan negara, kakak dan abang, pada hari ini sudah bijak menilai perpaduan dan rasional apabila mereka membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang yang perlu diumumkan tarikhnya menjelang April depan.
Cubaan terdesak presiden MCA Dr Chua Soi Lek, untuk mempertahankan naib-presidennya, Ng Yen Yen, dengan menggunakan penipuan untuk menyalahkan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen, Anwar Ibrahim, serta anaknya yang jahil iaitu Tee Yong yang telah melontarkan tuduhan keatas Selangor kerana menjamin Talam sebanyak RM1 bilion hanya dilihat sebagai dua daripada tindakan terdesak mereka baru-baru ini yang mendapat sambutan kurang memberansangkan.
Bukan sahaja terdesak, malah bodoh

Dan saya tertanya-tanya, bagaimana MCA boleh nampak kaitan dengan meminta Betty Chew untuk menjawab dalam Dewan Undangan Negeri Melaka, sama ada suaminya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita atau tidak.
Menambah lagi kepada kebodohan itu, kroni BN meminta Lim dan Betty untuk mengambil ujian pengesan penipuan untuk membuktikan penafian mereka.
Mengapa tidak mereka meminta Perdana Menteri kita dan "First Lady" untuk mengambil ujian itu kerana mereka telah didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu dan untuk semua tuduhan merompak dan menyalahguna berbilion-bilion ringgit dana awam!
Sama sebulu- Yen-Yen & Soi-Lek

Orang kata " birds of the same feather flock together " (burung sama jenis, terbang bersama-sama) dan ini memang benar bagi Chua dan Ng.
Ng, pada kemuncak krisis kepimpinan MCA pada tahun 2010, telah bersungguh-sungguh mempertahankan Chua dengan mengiktiraf tabiat seksual tidak bermoral Chua.
Sekarang adalah masa membalas budi dan Chua telah mengamuk dengan menyalahkan Anwar tentang status Pemastautin Tetap (PR) Australia Ng pada tahun 1990-an.

Chua mendakwa dasar "menyekat" Anwar semasa dia menjadi Menteri Pelajaran telah menyebabkan ramai orang bukan Melayu memohon untuk mendapatkan PR dinegara lain.
Ia adalah satu pembohongan terang-terangan dan tuduhan terhadap Anwar yang ketika itu BUKAN Menteri Pelajaran pada ketika itu.
Walaupun tuduhan itu adalah benar, bukankah MCA sebahagian daripada pentadbir kerajaan? Jadi, kenapa MCA tidak berbuat apa-apa tentang hal itu? Jadi, MCA menyokong dasar "menyekat" dan Chua tidak menentang dasar itu untuk kepentingan rakyat?
Kesetiaan berbelah bahagi?

Chua juga berkata: "Apa yang sudah berlalu biarkan sahaja. Dia (Ng) telah mengaku dengan jelas, ia adalah kerana pendidikan. "
Adakah Chua mengatakan apabila jenayah telah dilakukan, apa yang telah berlaku biarkan berlalu? Bukankah ini satuhujah pembelaan yang tolol!
Dan, Ng pula tidak segan silu mengakui bahawa dia mempunyai PR Australia pada tahun 1990-an untuk membantu anaknya mendapatkan pendidikan di sana. Sejak bila anda mesti mendapatkan PR untuk menghantar anak-anak belajar di Australia?
Ng juga berkata dia memohon PR pada tahun 1990-an tetapi membatalkannya pada tahun 1995 selepas anaknya menamatkan ijazah undang-undangnya. Bukankah ini cara yang licik untuk menikmati faedah di Australia? Dia sesungguhnya perlu memohon maaf kepada Australia.
Jangan lupa bahawa memegang dua kerakyatan bermakna kesetiaan anda kepada negara telah berbelah bahagi!
Dan Ng menyimpan dua kerakyatan ini secara rahsia dan menerima pelantikan dirinya sebagai Senator pula.
Saya tertanya-tanya bagaimana dia berkhidmat sebagai Senator disini apabila dia terpaksa menghabiskan kebanyakanmasanya di Australia untuk PRnya. Di sini, dia perlu meminta maaf kepada Malaysia juga!
Dengan begitu ramai pemimpin BN yang tidak ikhlas dan menipu, saya tertanya-tanya bila agaknya majoriti rakyat Malaysia akan bangun dan menendang mereka keluar.
Tan Sri Muhyiddin Yassin masih bercakap tentang isu kejadian 13 Mei dalam siri kempen beliau di mana-mana. Beliau telah mengingatkan anak-anak muda supaya bersatu di bawah Barisan Nasional jika kita hendak hindarkan kejadian 13 Mei dahulu.
Kata-kata Muhyiddin ini tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau adalah dalam keadaan “desperado” dan amat tertekan dengan sokongan yang merudum terhadap BN khususnya Umno.
Di Semenanjung ini seperti yang saya telah selalu perkatakan BN itu adalah Umno kerana parti-parti komponennya MIC dan MCA serta Gerakan sudah tidak relevan hampir seratus peratus sekarang ini. Maka Umno itu BN, dan BN itu Umno.
Malahan Umno kini telah terbeban dengan tanggungjawab menjaga semangat BN itu enggan menurunkan calon-calon MCA, MIC dan Gerakan walaupun Umno tahu yang ketiga-tiga parti itu sudah lama ditinggalkan ahli-ahli dan penyokongnya.
Berbalik kepada kenyataan Muhyiddin baru-baru ini ia amat tidak bertanggungjawab dengan menakut-nakutkan orang ramai yang 13 Mei akan terjadi jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini.
Elok juga kita bertanya kepada Muhyiddin yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu, jika pun berlaku keadaan buruk itu ia akan dilakukan oleh pihak yang kalah. Mana mungkin parti-parti dalam Pakatan Rakyat melakukan kerja buruk dan hina itu jika PR adalah pihak yang menang?
Keduanya kita bertanya kepada Muhyiddin sekali lagi, mahukah Muhyiddin berada di atas forum rasmi untuk menuduh yang DAP lah yang bertanggungjawab dengan kejadian 13 Mei itu? Segala penerangan dan jawapan telah diberikan oleh pihak DAP khususnya Lim Kit Siang tentang tuduhan palsu itu.
Semua orang Umno tahu siapa yang memulakan dan mahukan kejadian berdarah itu berlaku tetapi Muhyiddin masih menyalahkan pihak lain.
Di sini saya memohon supaya di adakan satu forum secara langsung untuk mendengar apa-apa tuduhan itu secara resmi dan meminta LKS untuk memberikan jawapan secara live kepada rakyat jelata untuk menghapuskan tanggapan palsu yang dibuat oleh Muhyiddin itu.
Sebenarnya isu 13 Mei ini memang menjadi isu berkala: ia hanya diperbesarkan apabila setiap pilihanraya tiba. Isu ini merupakan isu yang selama ini digunakan oleh BN/Umno untuk menakut-nakutkan pengundi untuk menyokong pembangkang.
Isu ini jika diperbesarkan dua puluh tahun dahulu mungkin diterima ramai. tetapi lama-kelamaan rakyat tahu juga akhirnya yang isu itu hanyalah isu pilihanraya untuk Umno.
Isu itu merupakan senjata Umno tetapi senjata itu sudah menumpul kerana orang ramai sudah tidak mahu lagi mendengar dongengan pimpinan Umno yang terdesak itu. Seruan Muhyiddin supaya anak-anak muda bersatu itu memang diterima oleh mereka (anak-anak muda) tetapi mereka hendak bersatu diluar Umno dan BN.
Anak-anak muda bukan tidak nampak sejurus sahaja mereka menyertai Umno mereka akan berhadapan dengan politik dalaman Umno yang sentiasa berpecah belah.
Saya tidak nampak lagi Umno boleh menjadi badan penyatuan Melayu kerana mereka yang sudah berada di dalam Umno itu sedang merasakan pahit maung bersama aktif dalam Umno itu. Tidak ada siapa yang tidak mahu untuk bersatu tetapi mereka tidak mahu Umno sebagai premis mereka untuk bersatu.
Mereka tahu bersatu dibawah Umno itu bermakna mereka membantu perkembangan kegiatan rasuah dan isu rasis yang tidak ada hadnya
Anak-anak muda mahukan penyatuan itu dibawah sebuah kerajaan yang tidak rasuah kerana mereka tahu jika kerajaan dan pimpinan itu rasuah ia akan menjadi punca kepada kejatuhan tamaddun dan kerajaan itu. Rasuah merupakan musuh utama manusia dan itu sedang berlaku di dalam Umno kini.
Anak-anak muda tahu hanya dua perkara sahaja yang boleh menyatukan rakyat disamping perkara-perkara lain. Pertamanya kita hanya akan bersatu jika isu rasis ini diberhentikan dan Muhyiddin sepatutnya belajar.
Jika isu perkauman ini diperbesarkan, sampai bila-bila kita tidak akan mencapai matlamat “National Unity” itu.
Keduanya ialah kerajaan yang rasuah akan akhirnya jatuh bergelimpangan dan sejarah lama dan baru telah membuktikannya. Tidak payah di ulang-ulangi lagi. Kita lihat dan anak-anak muda juga melihat yang rasuah itu sudah menjadi “attribute” penting kepada Umno. Umno itu rasuah dan rasuah itu Umno.
Oleh itu kita lihat kedua-dua faktor ini menebal di dalam Umno. Jika kita terus memberikan sokongan kepada Umno maka ia bermakna yang kita semua mahukan negara kita dihancurkan oleh rasuah dan rakyat dipecah belahkan oleh isu perkauman yang menjadi mainan Umno sekarang ini.
Elok kita memberi tahu pimpinan Umno jika sudah tidak mampu untuk memperbaiki diri, elok sahaja mengangkat bendera putih: serah diri kepada rakyat dan katakan kepada rakyat yang kamu semua tidak lagi mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan memberikan pula peluang kepada parti-pati alternatif untuk mentadbir negara ini.
Peluang lima tahun untuk PR itu akan dapat memberikan penilaian dan diharapkan tuduhan Umno terhadap PR itu menjadi kenyataan. Tetapi saya yakin Umno tidak mungkin dapat menyaingi kewibawaan PR jika PR diberikan tanggungjawab mengambilalih pentadbiran negara dari Umno dan BN itu.
Sebagaimana yang saya selalu katakan, “the worst of PR is a lot better than the best of BN”.

No comments:

Post a Comment