Tuesday, July 31, 2012

RAFIZI DITAHAN, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SHAH ALAM

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum beliau dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi melalui twitter menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan ke mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank adalah salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sumber : Keadilandaily

Catatan :

Penangkapan sebegini adalah satu perkara biasa di mana-mana Negara yang  diperintah secara autokratik dan di era sesebuah  pemerintahan tersebut di ambang kejatuhan. Ia akan berbuat apa saja demi mengekalkan kuasa.

Adalah satu perkara yang mustahil dan tidak masuk akal jika kerajaan (baca kerajaan di bawah pemerintahan Najib) berdiam diri apa kecurangannya mentadbir disedahkan ke khalayak ramai. Tindakan sebegini telah pun dilaksanakan oleh para diktator yang lama telah gugur menyembah bumi. Mutakhir ini diktator dunia Arab satu demi satu jatuh, yang akan jatuh sedikit hari lagi ialah Presiden Bashar Syria.

Syabas Rafizi di atas keberanian anda.

Anda bukan perompak dan penjenayah. Anda juga bukan pelahap harta rakyat seperti Najib dan kroni-kroninya. Anda membongkar segala penyelewengandan rasuah yang dilakukan oleh kroni-kroni Najib Tun Razak.

Teruskan perjuangan anda di mana anda berada. Lambat laun rakyat sedar dan akan menolak UMNO/BN. UMNO pasti tersungkur jua akhirnya. UMNO mustahil dapat melawan hakikat Allah SWT.



























No comments:

Post a Comment