Ini Gaya Hidup Para Pemimpin UMNO
Adakah Ini Pemimpin Yang Paling
Miskin Masa kini ?
GAMBAR fail pada
2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum
menjadi Presiden Uruguay.
|
Harta
Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200
.
|
MONTEVIDEO -
Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin
paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah
sebuah kereta Volkswagen Beetle.
Kereta itu
berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).
Menurut
deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan
aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama
isterinya.
Pendapatan
yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira
AS$11,000 (RM36,014) sebulan.
Presiden
tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada
pergerakan politiknya.
Beliau yang
berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.
Gaya hidup
Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan
kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan
kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut.
- AP
Abu Luman, Islam menganjurkan amalan hidup dalam kesederhanaan , pemimpinan
seperti ini sebagai contoh yang dapat dilihat membimbing sesebuah negara kearah
kesederhanaan. Cotoh kehidupan yang diamalkan Oleh pimpinan tuan guru di negeri
Kelantan..rakyat hidup senang dalam pentadbiran yang sederhana
Sultan Salahudin al ayubi adalah pahlawan Islam yang agung. Beliau telah berjaya menawan semula bailtulmaqdis daripada kristian selepas hampir 100 tahun org islam ditindas. Pada akhir hayat beliau, beliau hanya tinggal dalam khameh dan meninggalkan beberapa dinar perak kerana hartanya semuanya digunakan untuk menengakkan Islam. Inilah adalah contoh pemimpin yang zuhud yang perlu kita contohi.
ReplyDelete