Ketua Pengarang Kumpulan NSTP/BH, Dato Jalil Abdul Hamid dipercayai telah
melakukan sabotaj segala persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap
Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, sebagai tanda
simpati kepada nasib yang menimpa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu
Bakar Abdullah.
Tindakan beliau ini telah mengundang rasa marah dan naik minyak beberapa pencacai UMNO menerusi blog mereka, supaya Najib Razak ambil tindakan segera dengan memecat Ketua Pengarang NSTP ini.
Tindakan beliau ini telah mengundang rasa marah dan naik minyak beberapa pencacai UMNO menerusi blog mereka, supaya Najib Razak ambil tindakan segera dengan memecat Ketua Pengarang NSTP ini.
Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Dato Seri Abu Bakar Abdullah yang merasakan diri beliau dianiaya dan terus dipecat dari jawatan tanpa ada sebab musabab yang boleh diterima akal.
Rasa tidak puas hati beliau ini telah menimbulkan salah faham dan keresahan dikalangan kakitangan awam.
Jalil dilihat dengan berani bersekongkol untuk memalukan Najib Razak, dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan dan ketidak puas hatinya.
Akibat dari cerita itu dihebuhkan melalui akhbar NSTP/BH, Najib Razak telah dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut telah dianggap segala keluhan Abu Bakar berasas dan benar. .
Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-Pakatan Rakyat.
Cerita ini bermula apabila Najib Razak telah melantik seorang pegawai yang jauh lebih kiri dari Abu Bakar Abdullah, Datuk Seri Ali Hamsa yang hanya berjawatan sebagai Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru.
Soalan bernilai RM1juta....Mungkinkah selepas ini Tan Sri Abu Bakar akan menyertai pakatan Rakyat?
Apakah Ketua Pengarang NSTP/BH akan dipecat dalam masa terdekat ini?
SAMA-SAMA TUNGGU DAN LIHAT.
kalu dah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh ditamatkan perkhidmatannya dengan sewenang-wenangnya, apatah lagi anggota perkidmatan awam yang bawahan ini..... inilah transformasi yang dimaksudkan oleh 1Malaysia....
ReplyDeleteAllahu Akkbar inilah yang ditunjukkan oleh yang Maha Esa kepada hamba-hambaNya yang dizalimi hendak disembunyi faktar dan rahsia oleh penzalim yang memerentah , kalau keadilan dan ketelusan sudah tidak lagi berada disanubari pemerentah yang zalim baginilah jadinya rakyat yang akan jadi mangsa , sebagai contoh bagi rakyat biasa jenayah berleluasa tetapi untuk penyedap telinga diberitahu sebaliknya ,inilah kerajaan dibawah perdana menteri yang benggong . Guna kuasa untuk menidakan yang benar ,tunggu PRU13 bungkuslah BN .
ReplyDelete