Tuesday, July 17, 2012

DACING SERUPA INI DAH TAK DIPAKAI ORANG LAGI


Oleh : Aspan Alias


Petang tadi saya ke PJ Old Town menghantar seorang rakan membeli sesuatu di sana. Saya berjalan di kaki lima kedai-kedai di sebelah belakang bandar itu dan saya telah terjumpa satu kedai yang masih menggunakan dacing lama yang masih menggunakan sukatan kati dan tahil. Dacing yang saya maksudkan itu ialah dacing yang menjadi simbol Barisan Nasional (BN).


Sudah begitu lama saya tidak menengok dacing lama ini dan saya bertanya kepada kedai itu bagaimana dia membuat perkiraan harga barang kerana sukatannya sudah tidak dipakai lagi sekarang. Sekarang semua orang menggunakan sukatan kilogram dan gram, bukan lagi tahil dan kati. Saya pun tidak pasti samada anak-anak muda di bawah tiga puluhan tahu apa dia tahil dan kati itu kerana sukatan itu sudah lama kita tinggalkan.

Dacing itu tidak dipakai oleh sesiapa lagi termasuklah pekedai-pekedai runcit di mana-mana. Dacing ini hanya masih dipakai oleh BN untuk dijadikan simbol parti itu.  Agaknya itulah yang menyebabkan BN tidak begitu mendapat perhatian rakyat kerana baik dari simbol dan cara mereka berfikir sudah begitu ketinggalan zaman.

Agaknya itulah sebabnya kenapa BN sudah tidak begitu mendapat sokongan kerana dacing itu sudah tidak lagi dipakai oleh orang ramai. Mungkin BN terpaksa menggantikan simbol baru kerana simbol dacing sekarang ini adalah satu simbol yang tidak lagi dipakai oleh masyarakat.

Mungkin itulah juga sebabnya kenapa pihak BN bercakap, berfikir dan bertindak berlainan yang tidak ‘compatible’ dengan masyarakat sekarang ini. Orang sudah bercakap pasal kilogram dan gram, mereka (BN) masih bercakap tentang kati dan tahil.

Sudah jarang-jarang sangat orang menggunakan dacing itu. Jika ada yang hendak menjual dacing itu, mungkin saya beli untuk dijadikan hiasan ruang tamu di rumah sahaja.

Maksud saya dacing itu hanya boleh dijadikan sebagai salah satu dari barang perhiasan di rumah sahaja.

No comments:

Post a Comment