Wednesday, July 25, 2012

AL-HAMDULILLAH : UMNO HAMPIR MENEMUI AJALNYA


Disebabkan rasa malu dan marah diatas kemelut Hari Koperasi Negara 2012 pada 14hb Julai 2102 di Stadium Bukit Jalil, maka Menteri yang bertanggung jawab, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah naik minyak.

Beliau dikatakan telah berjanji dengan Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak secara drastik bagi mengajar mereka yang diberi tanggung jawab sehingga membawa malu amat besar kepada dirinya terutamanya Najib Razak sendiri selaku tukang rasmi majlis.

Ismail Sabri Yaakob dikatakan begitu marah sekali sambil mengesyorkan pemecatan Pengerusi Esksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi.


Ini pada pandangan admin satu kerja gila yang diselaputi dengan perasaan dendam kesumat yang amat menebal semata-mata mau menutup ketidakmampuan diri sendiri.


Tindakan dendam gila ini akan membawa mesej jelas bahawa kakitangan awam sudah mula berhijrah dari memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN.


Pada mesyuarat Kabinet minggu lepas, admin difahamkan Ismail Sabri telah memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan beliau berjanji akan mengambil suatu tindakan . Tidaklah diketahui sama ada Najib Razak bersetuju cara tindakan yang bakal diambil ini.

Setakat ini admin dimaklumkan 5 pegawai bertaraf pengarah iaitu  4 Pengarah Koperasi Negeri dan seorang Pengarah diibu pejabat Koperasi sudah dipindahkan dalam tempoh 24 jam tanpa diberi peluang kepada mereka untuk membuat represantasi bahawasanya mereka tidak bersalah. Amat zalim dan tidak berhati perut langsung!!!!


Pengarah-pengarah tersebut ialah dari negeri Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Mereka dikenakan tindakan hasil dari satu siasatan yang ditubuhkan,  diketuai sendiri oleh KSU KPDKK.

Peliknya sebelum ini disemua media arus perdana milik dan kawalan UMNO menyiarkan kononnya sambutan cukup mahahebat sekali.. Melebehi 60,000 ahli-ahli koperasi seluruh negara hadir.

Bila sudah dikantoikan.. barulah Menterinya rasa amat malu dan marah serta terus mau bertindak atas sifat dendam.


No comments:

Post a Comment