Friday, June 29, 2012

SHARIFAH AINI PULA MASUK PAS?


Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini.

Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.

Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran.

Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad.

Eloklah, walau bagaimana kontroversinya sepanjang kehidupan kita, yang penting di hujung kehidupan kita memilih Islam sebagai ikutan hidup dan perjuangan kerana itu lebih bermakna daripada awal-awalnya Islam tetapi akhirnya memilih jahiliyyah!

Kepada Sharifah Aini, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kita ucapkan.
Selamat menjalani hidup sebenar!

1 comment:

  1. Secara jujurnya, saya tak kisah `minah' ni nak sokong sape2 pun, kalau ada pun macam melukut ditepi gantang aje. Mohon admin tak payahlah nak war-war kan pasai artis sokong PAS atau yang sewaktu dengannya, seolah-olah PAS dan rakan-rakannya hanya parti untuk desperados. Highlightkan kalau yang join tu memang betul-betul meningkatkan saham.

    ReplyDelete